Isnin, 5 September 2011

WANG KERTAS RM 1 ERROR

Cuti hari raya merupakan waktu terbaik untuk bertemu sanak-saudara dan sahabat-handai,bila berkumpul ramai2 macam2 cerita boleh didengar yg dibawa pulang dari perantauan masing2.
    Bagi depankanta yg baru memasuki alam Numismatik,tajuk  utama yg jadi pilihan adalah berkaitan syiling error.Walaupun wang kertas bukan menjadi fokus depankanta namun jika berpeluang,elok juga dijadikan koleksi.
     Wang kertas error pertama depankanta.


        Wang kertas ini mungkin terlipat sedikit semasa proses percetakan menyebabkan wujud satu garisan puteh yg tidak terkena dakwat cetak.Walaupun ini hanya satu error kecil tapi penemuan ini cukup membanggakan kerana ini adalah wang kertas error pertama depankanta...hehehe

6 ulasan:

  1. Wow, wang kertas error pulak.
    Nampak macam gutter fold error.
    Tahniah depankanta :)

    BalasPadam
  2. salam depankanta.
    cukup menarik sekali dijadikan koleksi. Tahniah depankanta kerana dpt note error terbaik. ini yg pertama dan mungkin akan ada lg jenis2 error yg lebih menarik akan ditemui.
    Semoga dpt kita berkongsi dlm kepelbagaian jenis.
    TQ

    BalasPadam
  3. Hi whycollect,
    Terima kasih banyak2 kerana memberi kategori error berkenaan.Agak sukar memberi tumpuan pada duit syiling dan note error secara serentak kerana kedua2nya memerlukan pemerhatian yg teliti mengikut kaeah yg berlainan.
    Walaubagaimana pun kalau2 terjumpa tu boleh lah dikongsi bersama..
    Tima kasih banyak2 whycollect.

    BalasPadam
  4. Salam duacongkak,
    Note ini diberi oleh anak depankanta yg bekerja di P.Pinang.Mengikut pemerhatian banyak jenis kesilapan cetak pada note yg dipamirkan oleh blogger2 Numis,mungkin dalam kategori ini depankanta agak perlahan tapi sekiranya terjumpa error yg menarik atau note yg jadi buruan boleh lah dikongsi bersama...
    Terima kasih banyak2 duacongkak..

    BalasPadam
  5. Tahniah.
    notes yg dapat dari circulation lebih berharga daripada yang kita beli kat kedai. Lebih2 lagi error notes mcm ni.

    BalasPadam
  6. Terima kasih banyak2 lunaticg,
    Apa yg disampaikan oleh lunaticg itu satu info baru bagi sy,berlainan dgn koleksi syiling error yg premiumnya lebih bertumpu pada gred BU/UNC.
    Terima kasih banyak2 lunaticg

    BalasPadam