Menggunakan die terus menerus tanpa henti boleh menyebabkan kerosakan secara menyeluruh pada die,tambah pula keadaan suhu yg semakin lama semakin tinggi akan mempercepatkan lagi kerosakan yg terjadi pada die.
Die deterioration,mengikut pakar2 numismatik antarabangsa tidak dikategorikan sebagai error namun pada keluaran tahun dan denominasi tertentu syiling Malaysia ianya agak sukar dijumpai spt syiling 20 sen 2011 ini.
Bahagian muka 20 sen 2011
Bahagian belakang terdapat bintik halus sekitar angka "20"
Kalau diteliti,tepi rim terdapat bintik halus yg menjadikan rim tidak licin dan rata(bulatan 1).
Pada angka "20"pula jelas terdapat tanda2 die deterioration yg menampakkan seolah2 terdapat tempaan berganda (bulatan 2).
Pada angka "2" pula bintik2 halus ini membentuk garisan seolah2 die crack error(bulatan 3)
Ini hanya pendapat depankanta,mungkin pengalaman dari sifu2 dan rakan2 blogger lebih tepat untuk menggambarkan keadaan syiling ini.

Hi depankanta,
BalasPadamKami mendapati agak banyak duit syiling 2011 ini mempunyai ciri2 sedemikian.
Adakah ini disebabkan die baru tidak lagi dikeluarkan kerana tahun 2011 merupakan tahun akhir pengeluaran duit syiling ini ;)
Salam depankanta.
BalasPadamDari apa yang depankanta perjelaskan dan dari apa yang dapat dilihat pada gambarnya, didapati syiling ini ada juga dalam simpanan duacongkak. Mungkin duacongkak tidak keluarkan dalam blog sendiri setelah depankanta perjelaskan disini.
Apa pun TQ atas info tersebut.
Hi Whycollect,
BalasPadamdepankanta setuju dgn pendapat itu,kalau diperhatikan error begini tidak terdapat pada syiling keluaran tahun sebelumnya mungkin kerana die sentiasa ditukar atau dibaiki dgn sempurna.
Bagi tahun 2011 yg merupakan tahun terakhir siri ke-2,dalam sibuk membuat persiapan untuk keluaran siri ke-3,die untuk siri ini tidak begitu diambil berat!..
Ini hanya pendapat kita saja..haha
Terima kasih banyak2 whycollect
Salam duacongkak,
BalasPadamWalaupun telah disiarkan oleh mana2 blogger,elok juga koleksi sama yg kita ada dipamirkan untuk perkongsian..
Gaya cerita duacongkak mungkin lebih menarik dan kreatif..
Umpama kata-kata yg popular dikalangan pengumpul syiling error "No Two Error Coins Are Exactly The Same".
Terima kasih banyak2 duacongkak
Salam, Tuan Depankanta.
BalasPadamJika DIE DETERIORATION tidak dikategorikan sebagai error macamana dengan Worn die. Kedua-duanya terjadi kerana penggunaan die yang begitu lama sehingga merosakkan die. Adakah Worn die juga tidak ada nilai numismatik ?
Salam kembali nsdk,die deterioration adalah salah satu kategori bagi worn die.Sebaik saja die digunakan ianya akan mula menunjukkan ciri2 pemakaian yang menghasilkan berbagai kategori error..
PadamWalaupun die deterioration tidak dikira sebagai error kerana ianya adalah fenomena biasa dalam proses penyilingan,syiling2 ini adalah penting untuk disimpan sebagai bahan kajian dan perbandingan.
Worn die pula adalah istilah umum yg digunakan,selain die deterioration terdapat juga beberapa kategori error yg termasuk dalam worn die error...sila rujuk:http://errorcoins.auctivacommerce.com/2005-Bald-Bison-Nickel-Worn-Die-Error-P562563.aspx
Terima kasih nsdk...nanti kita sama2 cari info yg berkaitan dan berkongsi...
Salam kembali Tuan Depankanta,
BalasPadamTerima kasih di atas penjelasan yang diberikan.