Ahad, 18 Disember 2011

DIE TRIAL STRIKES ERROR

Weak strike atau die trial error bagi denominasi 50 sen telah pun dipamirkan dalam post : http://depankanta.blogspot.com/search/label/WEAK%20STRIKE
       Depankanta cuba untuk lengkapkan error ini bagi semua deno tapi agak sukar dijumpai mungkin disebabkan syiling ini telah dilupuskan oleh pihak kilang.
       Berbagai keadaan akan terjadi pada syiling bila tempaan dibuat dgn tidak cukup tekanan,sebahagian dari kesan ini  juga akan melibatkan kekaburan pada imej rim.
       Untuk perkongsian error ini dipamirkan pula syiling 20 sen 2005 siri bunga raya.
                                       Bahagian tengah syiling imejnya tertempa dgn sempurna dan jelas sementara disekelilingnya semakin kabur akibat tekanan die yg "tidak cukup"...

                        Biasanya keadaan ini akan memberi kesan yg sama pada kedua permukaan syiling.
                         
                      Keadaan yg sama dapat dilihat pada syiling 50 sen yg pernah dipamirkan ini.

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Lewat-lewat ini kami bernasib baik menemui sekeping syiling 50sen dengan kesan ini daripada loose change.
    Walau bagaimanapun kami tidak mempunyai bilangan syiling dengan error ini sebanyak yang sudah diperolehi depankanta.
    Tahniah dan semoga depankanta berjaya mendapat set yang complete :)

    BalasPadam
  2. Biasanya,kalau duit syiling yang mempunyai ciri-ciri yang mana details tengah jelas dan sekelilingnya kabur, ia adalah Die Trial Strikes Errors, juga dinamakan Die Adjustment Strikes dan Low Pressure Strikes.

    BalasPadam
  3. Hi Whycollect,
    Error dalam kategori ini agak simple tapi sukar dijumpai dan perlukan pemerhatian yang sangat teliti lagi pun mengikut prosidur kilang.Syiling "trial"begini perlu dilupuskan.
    Sama2 kita cuba untuk kumpulkan bagi semua deno nanti boleh dikongsi bersama...
    Terima kasih banyak2 whycollect.

    BalasPadam
  4. Hi Mr Dickson,
    Terima kasih banyak2 atas penerangan yg lengkap bagi kategori ini.Ada juga dijumpai fenomena ini pada syiling 1 dan 5 sen tapi agak minor,nanti kalau jumpa yg kow-kow akan dipamirkan...
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson dan Tahniah atas kecemerlangan majlis auction MNS tempoh hari...tqvm

    BalasPadam
  5. Wah banyak ilmu yang dikongsi dan dimanfaatkan. Sebelum ini ada spesimen macam ini saja saya mesti cakap Grease Filled Die Error, kini terima kasih kepada depankanta dan sifu-sifu lain, Dickson, whycollect, saya dapat membezakan jenis-jenisnya. Makin banyak pula error yang muncul. Hehe. Terima kasih berkongsi! Saya pun baru ada sekeping untuk syiling Die Adjusment ini.

    BalasPadam
  6. Terima kasih mnfaj,
    Ilmu sains Numismatik,pada teknikalnya banyak bertumpu pada syiling error.Sebolehnya kita cuba pamirkan semua kategori error syiling Malaysia yg ada dalam standard antarabangsa.
    Setiap negara tidak sama teknologi dan kronologi pembuatan syiling sudah tentu tumpuan error juga akan berbeza.
    Peranan sebagai pelapis baru untuk mengusai ilmu syiling error Malaysia banyak bergantung pada lapisan muda spt mnfaj dan rakan2 blogger numis yg lain.
    Syiling die adjustment ini,mengikut prosedur kilang akan dikitar semula kerana ianya hanya syiling "percubaan",mungkin sebab itu sukar dijumpai syiling2 begini.
    Terima kasih banyak2 mnfaj

    BalasPadam