Isnin, 9 April 2012

SYILING BERBICARA 7, COLLAR DIE

              Collar die atau juga dikenali dengan die ketiga merupakan salah satu penyumbang kepada syiling2 error.Antara yg biasa dipamirkan ialah partial collar error.Syiling Malaysia yg banyak dipamirkan dalam kategori error ini adalah pada denominasi 20 sen dan 50 sen siri Bunga raya.Die ketiga yg membentuk bahagian sisi syiling ini juga merupakan komponen penting dalam menentukan kesempurnaan sesekeping syiling.
           
               Dua keping syiling 50 sen 2004 yg ditemui dgn kesan partial collar ini menimbulkan persoalan yg lain pula.Adakah posisi huruf disisi syiling ini yg berlainan pada collar die dianggap variti atau error.

             Partial collar yg ketara pada sisi syiling ini ....
            Syiling kedua ini terdapat kesan partial collar yg agak sedikit bahagian sisinya terjejas...

            Bahagian belakang syiling 50 sen 2004.

           Bahagian muka...

           
            Syiling pertama menunjukkan cetakan huruf "BANK NEGARA MALAYSIA"terbalik jika dipandang  dari sudut belakang syiling.....

   Sementara syiling kedua menunjukkan huruf yg tegak dan selari dgn bahagian belakang syiling...

                 Kedua syiling ini memperlihatkan posisis huruf "BANK NEGARA MALAYSIA" yg bertentangan...

   Adakah keadaan ini dikirakan sebagai dua variti pada syiling 50 sen 2004 ini atau ianya satu error?
     Keadaan huruf yg terbalik ini bukan sahaja dikesan pada syiling 50 sen 2004 tapi juga dijumpai pada tahun2 keluaran yg lain...

5 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kami mendapati pelbagai variti collar die pada syiling siri bunga raya.
    Memang bagusnya jika ada pengumpul yang sudi merekodkan kesemua variti itu untuk dijadikan rujukan.
    Eksibit di sini memang menarik.
    Kamipun berjaya mengumpul variti ini.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Bagus sangat cadangan tu,variti syiling Malaysia belum ada dipamirkan secara lengkap.Sekiranya ada sesiapa yg sudi mengatur berbagai variti ini tentu akan menjadi rujukan nanti.

      Variti Syiling 50 sen siri bunga raya paling banyak dan menarik untuk dikumpulkan,jika mengambil kira kedudukan collar die spt syiling diatas kiraan variti akan bertambah lagi..

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam
  2. Cetakan huruf-huruf "BANK NEGARA MALAYSIA" ada yang menegak dan ada yang terbalik pada tahun yang sama dan terjadi pada semua tahun-tahun yang ada keluaran,memang tidak dapat dielakkan kerana syiling Malaysia 50 sen "lettered edge"nya dibuat dulu sebelum tepaan dilakukan pada obverse dan reverse.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Terima kasih banyak2,info ini adalah maklumat baru bagi depankanta.Adakah huruf2 ini dicetak semasa proses upsetting rim?,sekiranya keadaan begini ertinya cetakan sisi syiling 50 sen tidak diambil kira untuk pengenalan variti.

      Keadaan ini juga menjawab kenapa partial collar error pada syiling 50 sen selalu dijumpai terjadi pada ATAS huruf berlainan dgn partial collar syiling 20 sen yg menjadi rata dan licin.

      Sekiranya diperhatikan partial collar pada syiling deno 10 sen dan 5 sen juga menunjukkan ciri2 yg berlainan dgn syiling 20 sen.Adakah hanya syiling 20 saja yg dicetak bahagian sisinya semasa cetakan obverse dan reverse?..Tentu Mr Dickson ada jawapannya....

      Terima kasih banyak2 Mr Dickson...

      Padam
  3. Saya mempunyai 2keping syiling 50sen tahun 1980 yang mana tulisan Bank Negara Malaysia adalah terbalik jika dibandingkan dengan syiling 50sen parlimen yg lain.Adakah ianya suatu error dan rare?terima kasih

    BalasPadam