Isnin, 7 Mei 2012

FILLED DIE

     Filled die error adalah merupakan satu kategori error yg sukar ditentukan apakah objek atau benda yg memenuhi permukaan die yg menyebabkan beberapa bahagian imej menjadi kabur atau tidak kelihatan langsung.Kita dapat melihat berbagai bentuk syiling yg terhasil dalam kategori filled die error ini,antaranya adalah yg dipamirkan oleh pakar syiling error Mr Dickson Niew melalui : :http://dniewcollectors.blogspot.com/2012/02/filled-die-errors.html

               Jika pelawat ada menyimpan syiling 50 sen 2011,cuba perhatikan permukaan syiling berkenaan,sekiranya bernasib baik akan menemui beberapa keping syiling yg mempunyai tanda2 filled die error.Tanda2 berkenaan dapat dilihat pada bahagian tepi berhampiran rim pada kedua permukaan syiling.

           Setelah meneliti beberapa keping syiling 50 sen 2011,didapati terdapat sekeping yg agak ketara menyebabkan sebahagian  imejnya hilang.

          Huruf "SEN" dan angka "11",hampir tidak kelihatan...

        Bahagian muka syiling juga terdapat tanda2 yg sama...


      Sekeping lagi syiling 50 sen 2011 menunjukkan ciri2 yg sama walaupun kebanyakan imejnya masih kelihatan...



             Pemerhatian yg teliti pada kedua permukaan syiling ini menampakkan kesan rosak yg negative,ini bererti pada die terdapat kesan yg positive.Biasanya filled die error dikaitkan dgn permukaan die yg diliputi oleh gris,minyak,kotoran,air,udara dll...Bila diteliti keadaan yg ada pada kedua permukaan syiling ini,depankanta berpendapat die yg menempa syiling ini telah terjadi plak (plaque)...Serbuk keras yg melekat pada permukaan die ini  terjadi dari kombinasi serpihan halus logam yg terhasil secara sedikit demi sedikit pada permukaan die dan lama kelamaan ianya akan mengeras dan menganggu imej yg ada pada permukaan die..Membentuk syiling FILLED DIE ERROR...


     Sekeping syiling 50 sen 2007 ini juga mengalami situasi yg sama....

     Andaian ini adalah pendapat depan kanta semata2 berdasarkan pemerhatian pada beberapa spesimen yg ada dan berpandukan sedikit nota2 syiling error....

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Satu penjelasan yang menarik.
    Selain daripada syiling 2000an yang dipaparkan, kami pernah nampak syiling 90an yang mempunyai kecacatan yang sama.
    Agak sedihnya jika kita perhatikan auction yang lalu, satu specimen yang mempunyai kecacatan sedemikian tidak mempunyai bid.
    Namun apapun simpan dulu, haha.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Syiling dgn kesan filled die error dapat kita lihat telah dipamirkan hampir pada semua denominasi dalam siri bunga raya.Jika dibanding dgn siri Parlimen,siri bunga raya lebih banyak dijumpai samada era 90an atau selepas 2000..
      Syiling2 filled die memang masih kurang mendapat perhatian dari pengumpul tapi sekiranya kesan yg terjadi agak ketara,suatu hari nanti ianya akan dicari untuk melengkapkan semua kategori syiling mint error...
      Terima kasih banyak2 Whycollect...

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Serbuk keras yg melekat pada permukaan die akan menghasilkan Strike Through Errors atau kadang-kadang juga dipanggil: Abraded Coin. Permukaan yang melecet atau melelas,kasar atau kesat,tidak licin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Serbuk keras yg melekat dan membentuk plak pada permukaan die berasal dari hablur2 logam halus yg melekat secara beransur2..Ada sesetengah pengumpul barat mengaitkan plak dgn filled die error.
      Abraded coin biasanya dikaitkan dgn die yg terkena objek yg keras spt contoh disini:http://en.mimi.hu/numismatic/abrasion.html
      Terima kasih banyak2 Mr Dickson,perkongsian maklumat yg sangat menarik...

      Padam