Jumaat, 25 Mei 2012

MADU KELULUT


          "Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS." Petikan dari akhbar Utusan Malaysia 15.5.2012

      Secara kebetulan seorang rakan baru berjinak2 untuk mengusahakan madu kelulut,depankanta sempat merakamkan bagaimana madu  lebah kelulut ini diusahakan.
                                     Biasanya Kelulut liar akan bersarang dibahagian batang pokok yg burok atau reput dihutan,semak atau belukar.......


           Beginilah rupa kelulut yg bersaiz hanya sebesar lalat yg kecil dan tidak mempunyai sengat....

                Kelulut yg bersarang pada batang pokok akan membuat laluan sebagai jalan keluar masuk...
Berlainan dgn lebah yg biasa menyengat secara berkumpulan bila sarangnya diganggu,kelulut yg tidak mempunyai sengat tidak akan membahayakan kita,menjadi tabiatnya bila diganggu kumpulan ini akan memasuki kedalam rambut kita membuatkan rasa tidak selesa....


        Bagi menternak kelulut,sebuah kotak kayu disediakan dan sarang bersama koloninya yg diperolehi dari tempat asal dipokok2 kayu dipindahkan kedalam kotak ini....


Selepas beberapa hari sahaja dipindahkan,kumpulan kelulut akan mula membiasakan diri dalam kotak dan membina terowong untuk jalan keluar masuk mereka...

Sementara kumpulan yg lain sibuk membina semula sarang mereka.Dalam sinilah madu kelulut diperolehi...

Saiz kelulut hanya sebesar lalat yg kecil...Mereka sedang sibuk membetulkan semula sarang yg baru dipindahkan kedalam kotak kayu...


  Kelulut cepat dapat membiasanya diri dgn "rumah baru"...


     Madu kelulut mempunyai rasa masam sedikit berbanding dgn madu lebah biasa tapi harganya lebih mahal (RM 90/KG) dan lebih berkhasiat..Kajian oleh pihak MARDI dan USM banyak menemukan berbagai kegunaan madu dan propolis kelulut kepada manusia...
    Berbanding dgn lebah2 ini yg agak agresif dan merbahaya bila diganggu dan sukar diternak secara kecil-kecilan dipinggir2 rumah kediaman...
TERIMA KASIH BANYAK UNTUK SDR ARIF SEKELUARGA......SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU SEMUA.....SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DGN SDR ARIF.019-9888954

4 ulasan:

  1. boleh beri sedikit tk kelulut nk buat benih letak di kotak kayu atau ada cara lain?dan 1 lagi kotak itu beli manaya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi wu leang,
      untuk pertanyaan lanjut berkaitan sarang kelulut ini boleh terus hubungi sdr. Arif 019-98888954..Terima kasih

      Padam
  2. dahulu budak budak dadah duk curi kabel telefon.....sekarang dah dua pokok dokong mak saya telah ditebang utk dapatkan sarang madu kelulut.......adui.Tuan agaknya berapa nilai sarang lebah tu ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila tuan rujuk permasaalahan ini kepada en arif yang lebih arif...tq

      Padam