Sabtu, 26 Mei 2012

TERLEPAS PANDANG (LATHE LINES)

         Garis-garis lathe lines merupakan garis berbentuk bulatan berpusar (concentric lines) yg berpaksi pada bahagian tengah syiling.Dalam beberapa posts yg lalu telah dipamirkan berbagai bentuk lathe lines yg dikesan pada syiling Malaysia.
         Apa yg dapat difahami tentang proses pembuatan working die,setiap die akan melalui mesin lathe bagi melicinkan permukaannya sebelum imej yg berada pada master hub dipindahkan pada permukaan die melalui proses hubbing..

        Selepas selesai melalui mesin lathe,die akan dilicinkan dan dipolish pula oleh juruteknik bagi memastikan tiada kesan garis mesin lathe yg ditinggalkan pada permukaan die.Setelah pasti permukaan die telah cukup licin dan sempurna maka proses memindahkan imej dan semua details/devices  akan dibuat pada permukaan die.Syiling lathe lines adalah termasuk dalam kategori variti error kerana ciri-ciri errornya terjadi dan sedia ada pada permukaan die.

       Depankanta terlepas pandang beberapa keping syiling 1 sen 2005 yg terdapat kesan lathe lines.Garis yg ada pada syiling2 ini berlainan dgn garis yg biasa dijumpai,dimana hanya sedikit garis masih tertinggal pada celah2 huruf,ini menjelaskan bahawa garis dari mesin lathe telah dipolish/dilicinkan tetapi masih meninggalkan bahagian tertentu yg sukar dilakukan.
      
   Ketelitian  perlu bagi melihat kesan mesin  lathe dicelah2 huruf"BANK NEGARA MALAYSIA"....
     

                   Perhatikan garis dicelah huruf "BANK NEGARA MALAYSIA" (panah kuning)

            Syiling kedua
           Syiling ketiga
          Syiling keempat
          Syiling kelima
         Kelima-lima  syiling 1 sen 2005 yg ada kesan lathe lines yg sama pada bahagian belakang syiling....
        Bahagia muka syiling berkenaan tidak terjejas....
       Perhatian sebenar adalah pada celah-celah huruf yg jelas kelihatan saki-baki kesan garis oleh mesin lathe yang tidak dibersihkan dgn sempurna....

   Garis yang sama dapat dilihat pada kelopak bunga raya dan garis ini berada pada imej bunga raya....

Garis-garis yg muncul dibawah huruf (panah merah) dan atas imej (panah kuning) menggambarkan die telah melalui proses pada mesin lathe sebelum imej dan semua details dipindahkan pada permukaannya.Agak unik syiling 1 sen 2005 ini kerana garis lathe lines berada dibawah dan diatas devices  pada sekeping syiling...
Berlainan dgn lathe lines pada syiling 5 sen 2010 ini yg menampakkan ciri2 garis lathe lines yg hampir penuh pada permukaan syiling .
Keterangan lengkap tentang lathe lines boleh dilayari di:
 http://www.errorvariety.com/Lathe-lines/index.html

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Antara syiling lathe lines yang pernah ditemui, kami masih suka pada syiling 5sen 2010 kepunyaan depankanta ini.
    Lathe lines ini memberikan satu gambaran seolah-olah 3-D pada permukaan syiling terbabit.
    Tahniah dan semoga depankanta berjaya mencari lebih banyak syiling yang mempunyai ciri2 sedemikian untuk rujukan pengumpul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Syiling lathe lines memang menarik,sehingga kini berbagai spesimen telah dijumpai pada semua siri syiling Moden Malaysia.
      Kesan yg dijumpai pada syiling 1 sen ini agak berlainan kerana hanyak sedikit sahaja yg masih kelihatan pada permukaan syiling.
      Pasal syiling 5 sen 2010 dgn lathe lines itu,kalau sdr whycollect belum ada koleksi dan sukar untuk menemuinya sila bagitau,depankanta masih ada stok syiling ini yg lebih.

      Terima kasih banyak2 whycollect....

      Padam