Khamis, 10 Mei 2012

WORN DIE VS STRUCK THROUGH (X) FILLED DIE ERROR

Tiga kategori error boleh dikaitkan dgn syiling 10 sen 2011 ini.......Strike through error,filled die error dan worn die...Perhatikan pada huruf "BANK NEGARA"......

                 Ini adalah saiz biasa huruf  "BANK NEGARA"pada syiling 10 sen 2011...

              Bahagian muka syiling yg rosak kelihatan timbul bintik2 logam yg kecil....

      Worn die biasanya akan melibatkan kerosakan pada permukaan syiling secara menyeluruh,pada logiknya jika satu die telah terlalu lama dan telah digunakan dgn lasak maka keseluruhan permukaan die akan terjejas secara serata,akibatnya permukaan syiling akan juga rosak secara serata.Terdapat juga keadaan yg mana sebahagian permukaan die masih utuh disebabkan kedudukan die semasa proses penempaan.Pada awalnya mungkin bahagian details yg berhampiran dgn rim akan terjejas terlebih dahulu..Worn die dikategorikan sebagai die error.

      Jika diperhatikan syiling ini perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA"telah rosak dan membesar sedangkan huruf 'SEN"dan angka "2011"&"10" tidak terjejas..Keadaan huruf yg membesar itu menandakan  lurah huruf pada die telah meluas..Ini adalah akibat dari pemakaian die yg lasak dan berterusan...

   Perbandingan syiling worn die ini dgn syiling biasa....


 
Syiling worn die begini sukar dijumpai pada syiling 10 sen Malaysia dan sekiranya bernasib baik ianya dapat dijumpai pada tahun 2011....
 


Filled die error dan Strike through error mempunyai takrifan tersendiri,sesetengah keadaan meletakkannya dalam kategori yg sama dan menganggap filled die sebagai satu bentuk dalam strike through error.Kategori" Struck through grease filled die error"berlaku bila benda yg berada diantara die dan planchet adalah berbentuk gris .begitu juga jika cecair,minyak likat,habuk,dll yg sepertinya...Jika benda yg menganggu itu adalah berbentuk objek yg keras ianya hanya dikategorikan sebagai strike through error (tidak berlaku sesuatu yg memenuhi dan melekat pada permukaan die)

                Syiling 10 sen 2011 yg pernah disiarkan ini juga adalah berkaitan tetapi ianya jelas bukan progression dari syiling diatas..Syiling ini adalah spesimen struck through (x) filled die error yg tidak dapat dipastikan apakah bahan yg berada pada die yg menempa syiling ini...
Kaitan kategori error dan syiling 10 sen 2011 ini adalah hanya pendapat depankanta,mungkin ada pendapat lain yg lebih tepat tentang syiling ini....

5 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Apabila die sudah kurang elok selepas bertubi-tubi dipakai, pelbagai kecacatan terjadi.
    Satu artikel yang menarik.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Bila melihat komen whycollect baru terperasan sedikit teknikal error semasa memadankan nota dgn syiling2 diatas,pembetulan telah dibuat dan terima kasih banyak2 whycollect..

      Worn die,struck through dan filled die bila melibatkan minyak gris atau lain2 bahan likat agak mengelirukan,bila perkongsian dibuat dgn ramai rakan2 lebih mudah untuk kita mencari penyelesaiannya...

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam
  2. worn die tu sejenis error ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara umumnya worn die tidak dianggap sebagai error kerana ianya merupakan fenomena biasa dalam proses penyilingan tetapi jika terdapat ciri-ciri yang unik spt kehilangan detail pada syiling nickel 2005 bald bison , ianya dianggap error dan menjadi item kolektibel...

      Padam
  3. Yg 5sen tali putus mcmana ye.. Dianggap biasa2 gak ke.... Ingin tahu...

    BalasPadam