Isnin, 16 Julai 2012

ADA NILAI LAIN PADA SYILING DALAM POKET ANDA !

         Sebelum anda membelanjakan syiling yang ada dalam poket/simpanan anda elok diperiksa dulu nilai yang akan ditawarkan oleh pengumpul syiling!,nilai ini terus meningkat dari semasa kesemasa mengikut permintaan dan penawaran yg ada.

       Sekiranya anda mengambil keputusan mudah untuk membelanjakan syiling2 tu mengikut nilai muka,berapa lah sangat nilai syiling milik anda tu tapi sekiranya anda meluangkan sedikit masa untuk melihat berapa nilai yang akan diperolehi sekira terdapat syiling istimewa,anda mungkin terkejut dgn nilai yg sanggup dibayar oleh pengumpul2 syiling.

     Paparan untuk post ini adalah khusus mengenai syiling2 Malaysia istimewa yang berada dalam edaran yang mungkin berada dalam poket atau tabung ayam dibawah katil anda.


          Kategori Syiling pertama yang diidamkan oleh pengumpul ialah dalam kategori syiling2 rare yang diistilahkan sebagai keydate,syiling2 ini diburu lantaran pengeluarannya sedikit dan sukar diperolehi.Maklumat lanjut tentang syiling2 ini telah dipaparkan dalam post:http://depankanta.blogspot.com/2011/12/syiling-buruan-2011.html
                 
                Antara syiling2 yang sedikit keluarannya,pengumpul meletakkan nilainya melebihi nilai muka..Mungkin ianya ada dalam poket anda sekarang....
     
     
  Kategori kedua yang menjadi idaman pengumpul ialah syiling2 error dalam kategori yang rarity tinggi spt rotated die error 180 darjah,syiling varieti doubled die dan banyak lagi syiling2 error yg dalam kategori major error yg boleh dilihat dalam blog pengumpul syiling error.
                           Dipamirkan Spesimen 10 sen rotated die error dan 20 sen 2008 varieti doubled die,syiling error yg sukar diperolehi biasanya akan mendapat premium yg lebih dari pengumpul syiling error..Ada tak dalam poket anda?


          Kategori ketiga yang mungkin ada dalam simpanan anda ialah syiling2 yg bergred tinggi,biasanya pengumpul syiling akan memberi keutamaan pada tahap gred syiling sebelum mengumpulnya,sekiranya anda memiliki syiling2 yg masih belum terjejas iaitu dalam gred B/U atau UNC tentu ada pengumpul yg sanggup membayar dgn harga yg melebihi nilai muka..

                          Spesimen syiling 20 sen 1981 gred UNC....

      Banyak laman web atau blog yg dapat anda layari untuk mendapat maklumat lanjut tentang tajuk ini dan kesungguhan usaha anda akan mendedahkan pengetahuan anda kepada bidang sains Numismatik....
     

          

8 ulasan:

  1. Salam. Tuan depan kanta. Betul tu!.saya pun kadang-kadang macam tak percaya boleh memiliki syiling gred BU/UNC tahun 70-80an, sedangkan syiling tersebut berada didalam edaran. Cuma ada kesan calar sedikit mcm syiling di atas. Tukar dari kedai atau bank. Rezeki tuh..!

    NSDK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali NSDK,
      Sebenarnya syiling2 bergred tinggi masih dapat kita jumpai berada dalam edaran,kebanyakannya yang baru dikeluarkan dari tabung ayam.Sekiranya tuan rajin bertanya rakan2 dan saudara-mara tentu banyak lagi akan diperolehi....

      Semoga tuan dapat kumpulkan sebanyak mungkin syiling2 siri pertama 1967-1988 untuk koleksi peribadi dan untuk pelaburan...Terima kasih NSDK

      Padam
  2. saya pun baru start mengumpul duit2 syiling lama ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ixbarr,
      Syabas,mengumpul syiling merupakan satu hobi yg menarik,"hari ini ianya mengujakan dan esok ianya menguntungkan"..Jangan lupa masukkan juga syiling error dalam koleksi tuan..

      Terima kasih Ixbarr...

      Padam
  3. Biasanya berapa harga pasaran untuk rotated die error coins bro? I jarang jumpa orang jual.. Hari tu puas cari dalam longgokan syiling kat rumah nenek, jumpa la sekeping rotated 20sen 180 degrees.. Tapi condition mungkin fine je.. Nak simpan dalam koleksi dulu sebab tu first rotated coin I dapat.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kantha kerana melawat,
      Sukar untuk tentukan harga syiling error, gred tetap menjadi pilihan utama. Rotated die dan Doubled die dilihat menjadi pilihan utama pengumpul tegar kerana ianya error tulin dan bersaing dalam edaran berlainan dgn kebanyakan major error lain yg bercampur dgn assisted error atau home made error..

      Permintaan terhadap rotated die agak tinggi dan pernah dilelong dalam MNS auction (siri Parlimen) dgn harga buka rm400. Biasa depankanta jual mengikut darjah,denominasi dan gred dgn harga sekitar rm30-150 (VF).."simpan"adalah tindakan terbaik kerana perkembangan syiling error Malaysia adalah semakin memberangsangkan.....Terima kasih kantha

      Padam
  4. Saya pun baru start kumpul duit syiling error macam ni. Bersungguh2 belek/ tilik syiling tp asyik dpt yg die chip je. pelan2 kayuh la..
    thanx info yer tuan blog

    BalasPadam
  5. Saya pun baru start kumpul duit syiling error macam ni. Bersungguh2 belek/ tilik syiling tp asyik dpt yg die chip je. pelan2 kayuh la..
    thanx info yer tuan blog

    BalasPadam