Isnin, 8 Oktober 2012

KEUNIKAN RTR DIE CRACK

          Die crack merupakan antara kategori error yang menjadi tumpuan pengumpul US pada awal penerokaan bidang syiling error di negara mereka.Minat pada sesuatu yg baru pada masa itu telah menyemarakkan pencarian berbagai jenis error yg terjadi pada duit syiling.Die crack menjadi kegemaran ramai kerana ciri2nya yang menarik dgn berbagai bentuk.

          Beberapa tahun pengeluaran syiling 50 sen Malaysia siri bunga raya didapati mempunyai bentuk dan saiz die crack yang hampir sama dan keadaan ini dilihat satu keunikan pada kejadian die crack.Depankanta telah pamirkan dalam post yg lalu : http://depankanta.blogspot.com/2011/11/rtr-die-crack-2000.html
Syiling die crack 50 sen 2000.Bentuk dan saiz die crack yg hampir sama juga ditemui pula pada syiling 50 sen 2011.Keadaan ini menimbulkan tanda tanya bagaimana ianya terjadi?...

           Bahagian muka syiling 50 sen 2011
               RTR die crack terjadi membentuk bujur pada bahagian bawah wau bulan.Dua die crack dikesan pada syiling 2011 ini.

          Dengan terbentuknya dua atau lebih die crack,pakar2 syiling error telah mengklasifikasikan keadaan ini sebagai Shattered die iaitu satu keadaan yang menggambarkan die yang hampir berkecai...
 

             Bahagian muka syiling 50 sen 2000  ini pernah dipamirkan dalam post terdahulu...

                 Bentuk dan saiz hampir sama dgn syiling 2011.
 

             Jika ditelitikan bentuk,saiz dan tempat ianya terjadi,ada sesuatu yang dapat kita fikirkan tentang die yang menempa syiling2 ini..
            RTR 50 sen die crack juga dipamirkan oleh rakan blogger sdr mnfaj dan sdr afiq nizam....

4 ulasan:

  1. Pada pendapat saya, coins 2011 itu adalah dlm kategori Die Errors, sub kategori "Shattered Die" (two or more splits in die)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak2 anonymous,
      Shattered die selama ini dikategorikan sebagai die crack kerana ianya berpunca dari satu crack pada die lama-kelamaan menjadi dua atau lebih dan membentuk shattered die yang pada akhirnya akan menyebabkan die akan berkecai..Menarik sekali bila berbagai formasi dan sub-kategori die crack dapat dijumpai pada syiling Malaysia.
      Post ini akan dikemaskini berdasarkan komen tuan ini...Sekali lagi terima kasih banyak2 anonymous...

      Padam
  2. Salam sdr Depankanta,
    Pertama sekali,terima kasih untuk kredit..hehe
    Nampaknya sdr Depankanta mempunyai peringkat pertama..manakala saya pula mempunyai peringkat kedua,iaitu peringkat ia telah menjadi Cud...
    Jika spesimen sdr Depankanta dan spesimen saya digabungkan sekali,kemungkinan kita akan mempunyai set 'Progression'...
    http://afiqnizamscoinandbanknote.blogspot.com/2012/10/27-error-coin-50-sen-2011-retained-cud.html

    Terima kasih kerana berkongsi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Afiq,
      Berbincang pasal rtr die crack syiling 50 sen,depankanta lebih berminat untuk kita sama2 meneliti rtr pada syiling 50 sen 2000,walaupun bentuk dan saiz crack adalah sama tapi tempat terjadinya die crack adalah berlainan.Cuba afiq bandingkan syiling 2000 depankanta,afiq dan mnfaj adakah terjadi ditempat (kedudukan jam) yg sama?...Mungkin ada sesuatu yg dapat dikongsi tentang syiling 50sen 2000 ini...

      Terima kasih banyak sdr afiq...

      Padam