Jumaat, 2 November 2012

BAGAIMANA VARIETI DOUBLED DIE TERJADI

         Semuanya bermula bila Working hub selesai menerima imej dari Masterdie.Working hub yang mempunyai imej dalam bentuk positif atau imej  timbul (sebagaimana pada permukaan syiling) akan memindahkan pula imej berkenaan pada working die melalui proses "MULTIPLE SQUEEZE HUBBING PROCESS",membentuk imej negative pada permukaan working die.
     
       Multiple squeeze bermaksud proses pemindahan imej dari working hub kepada working die dibuat beberapa kali atau sekurang2nya dua kali bagi mendapatkan imej yg sangat jelas dan tajam pada semua details.Pemindahan ini dilakukan secara "squeeze"iaitu secara tekanan kuat dgn perlahan untuk memaksimakan pemindahan imej..

     Sebarang kesilapan semasa proses pemindahan imej yang kedua akan menghasilkan syiling2 varieti doubled die.Bagaimana keadaan imej berganda yg terbentuk akan dikelaskan pula kepada lapan kategori mengikut keadaan kedua imej yg menjadi berganda.

                         Setiap working hub akan menghasilkan beberapa working die melalui proses pengehuban,kesilapan semasa proses ini akan menyebabkan terjadinya Varieti Doubled die. Tiada maklumat dijumpai berapa working die yg dihasilkan oleh setiap working hub.Setiap working die biasanya mampu menempa sebanyak sejuta keping syiling mengikut jangka hayat biasa setiap die...
         
                     

     Keterangan lakaran dibawah:
                     1.  Bahagian tepi permukaan working hub mempunyai kekunci (bulatan merah)  untuk dipadankan dgn working die supaya proses pemindahan imej berjalan lancar dan tepat.

                     2.  Working die juga mempunyai kekunci (bulatan merah) yg sepadan dan sedia menerima kemasukan kekunci yg berada ditepi working hub bagi menetapkan kedudukan yg tepat sebelum tekanan (squeeze) dibuat pada working hub.

                     3.   Kedudukan kekunci working hub dan working die untuk pemindahan imej yg sempurna.Keadaan ini akan memastikan working hub dan working die tidak teranjak semasa proses "squeeze"dilakukan.

                     4.  Bila terjadi sedikit kelonggaran pada kekunci kerana penggunaanya yg kerap,menyebabkan proses pemindahan imej untuk kali kedua tidak akan tepat iaitu "lari"sedikit dari kedudukan imej pertama yg dibuat dan keadaan ini akan menghasilkan berbagai kelas dalam varieti doubled die.




              

             Lakaran 1, bentuk imej pada working die yg sempurna...Walaupun dipindahkan dgn kaedah banyak kali tekanan (multiple squeeze) tapi hanya satu imej sempurna yg kelihatan.

              Lakaran 2, Dalam keadaan tertentu kekunci yg menjadi pasak percantuman working hub dan working die menjadi longgar.

              Lakaran 3,  Akibat kekunci yg longgar,bila imej dipindahkan untuk kali yg kedua atau lebih,maka akan terbentuk 2 kesan pemindahan imej pada working die yg pada akhirnya akan menghasilkan syiling2 varieti doubled die.Tempaan pertama akan menghasilkan imej secondary(hitam) dan tempaan kedua menghasilkan imej primary (merah).


Singkatan biasa dalam membicarakan berkaitan syiling doubled die:
           1.DDV: Doubled Die Variety (Syiling dgn varieti acuan berganda)
           2.DDO: Doubled Die Obverse (Acuan berganda terjadi pada bahagian muka/kepala syiling)
           3.DDR; Doubled Die Reverse (Acuan berganda terjadi pada bahagian belakang/ekor syiling)
           4.DD:    Doubled Die (Acuan berganda)

Pautan berkaitan: 


Spesimen DDV syiling Malaysia siri Parlimen

         Nota ini hanya ringkasan dan  rumusan depankanta berdasarkan pemerhatian dari berbagai laman web,sebarang teguran dan pembetulan adalah dialu2kan...

8 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Saya pun tidaklah arif sangat berkenaan proses pengehuban ini, tapi saya juga juga setuju dengan apa yang depankata nukilkan di sini. Menariknya mengenai pengumpulan DDV ini, kita dapat berfikir "selangkah lebih dalam" - ke arah proses pembuatan acuan,berbanding niche "error" yang hanya berkisar ke arah proses pembuatan syiling sahaja.

    Satu artikel yang menarik dan bermanfaat! Akan saya sarankan kepada rakan-rakan saya untuk membaca entri depankanta ini.

    Teruskan menulis kiriman seperti ini!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali mnfaj,
      Syiling DDV nampaknya mendapat tempat tertinggi dikalangan pengumpul kita,lantaran itu sewajarnya apa jua artikal yg dapat membantu rakan2 utk memahami A-Z varieti ini dapat dikongsi.
      Adalah menjadi harapan depankanta agar mana2 yg terkurang dapat ditambah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan kita semua tentang kewujudan syiling DDV ini.

      Terima kasih banyak sdr mnfaj...

      Padam
  2. Salam depankanta
    Terima kasih diatas penerangan jelas bagaimana dan kenapa berlakunya DD dalam proses penempaan duit siling. artikel artikel sebegini amat menarik dikupas oleh tuan bagi memahami kami yang baru belajar ini.
    Terima kasih Tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Dato',
      Dengan pengetahuan yg agak terhad serta masih cetek,depankanta cuba juga ketengahkan sedikit nota untuk perkongsian dgn harapan pakar2 kita akan menambah mana2 yg terkurang dan membetulkan mana2 yg tersilap.

      Jika kita tinjau dimedan perbincangan syiling error dikalangan pengumpul barat,mereka pun masih bermain teka-teki tentang fenomena berbagai kategori error.Apa tah lagi kita yg masih baru dgn teknologi penyilingan syiling ini.Harapan kami agar suatu hari nanti kita akan berjaya menghantar rombongan kekilang syiling Shah alam bagi merungkai beberapa persoalan tentang proses penyilingan syiling Malaysia..

      Terima kasih banyak2 dato'..

      Padam
    2. Ya betul tu, saya pun berharap Dato' melalui Persatuan Warisan Numismatik boleh memohon untuk mengadakan lawatan ke Kilang Wang Shah Alam. Saya pasti orang pertama yang akan memberi nama! :)

      mnfaj.blogspot.com

      Padam
    3. Tinggi harapan ahli2 numismatik semua untuk mendapat peluang melawat kilang syiling Malaysia,mungkin dalam rekod MNS pernah membuat permohonan tetapi tiada sebarang maklumat tentang lawatan yg dibuat..

      Dgn adanya Dato' Sharuddin yg bergerak aktif dalam numismatik Malaysia, mungkin peluang kita untuk menjejak kaki kedalam kilang syiling akan berjaya dan ini tentunya adalah satu kunjungan bersejarah kepada numismatik Malaysia..

      Terima kasih banyak sdr mnfaj...

      Padam
    4. salam sahabat-sahabat semua.
      Buat masa ini untuk melawat Kilang Duit Syiling Shah Alam agak susah sikit tetapi saya sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan melawat kilang syiling public gold. Kalau dizinkan Allah dan program ini berjaya saya akan menjemput semua sahabat-sahabat semua Doakanlah.
      Terima kasih.

      Padam
    5. Salam dan terima kasih Dato',
      Sekurang2nya pihak kilang syiling sediakan pegawai perhubungan yang dapat kita jadikan saluran bagi bertanya sesuatu kemuskilan setelah pintu kilang tertutup rapat untuk lawatan..Pernah depankanta terbaca pakar syiling error US,Ken Potter telah merujuk persoalan syiling error terus kekilang di US dan mendapat respon yg baik..

      Seiring dengan kemajuan negara sepatutnya rakyat Malaysia juga didedahkan secara ilmiah bagaimana proses penyilingan dibuat kerana bidang ini semakin mendapat perhatian dari berbagai lapisan masyarakat kita...

      Terima kasih banyak2 Dato',doa kami sentiasa mengiringi usaha Dato' yang bakal merubah sejarah numismatik negara...

      Padam