Selasa, 15 Januari 2013

DIE SCRATCH

    Die Scratch atau die scratches akan kelihatan sama dengan die crack dengan ciri-cirinya berbentuk garis panjang yang timbul pada permukaan syiling.Sering kali pengumpul syiling error akan tertanya-tanya bila menemui sekeping syiling die scratch samada ianya mempunyai premium spt syiling-syiling error yang lain.

          Syiling-syiling yang mengelirukan kita samada mint errors atau PMD sewajarnya disimpan kemas sebagai rujukan dan bahan kajian walaupun  ianya mungkin tidak ada nilai dari sudut error.Die scratch merupakan satu kategori die damage iaitu kerosakan pada permukaan die,berbeza dgn die crack yang bukan sahaja terjadi pada permukaan die tetapi juga pada bahagian dalam permukaan die.

          Kerosakan yg terjadi biasanya dikaitkan dengan peralatan dan instrumen mesin yang berada dipersekitaran semasa proses penempaan dilakukan atau semasa kerja-kerja menyelenggara die dilakukan. Berbeza dgn die gouge yang berbentuk tercungkil secara bertompok,die scratch akan kelihatan garis panjang yang biasanya lurus mengikut peralatan yg merosakkannya.

                         Bahagian belakang syiling 1 sen 2007 ini merupakan spesimen die scratch yg jelas...

           Garis timbul yang lurus dan berbentuk rata tidak bergerigi adalah ciri-ciri die scratch..

            Sekeping syiling 1 sen 2005 ini pula ditemui dengan dua ciri-ciri,die crack dan die scratch...

           Die crack biasanya membentuk garis yang tidak lurus mengikut retakan yg terjadi pada die,keadaan ini sangat dipengaruhi oleh jenis logam dan cara die dibuat.Pembentukan blob mudah terjadi pada die crack kerana kerosakannya yang dalam.Die scratch pula berbentuk lurus mengikut cakaran alat yang digunakan.

             


Penerangan lakaran dibawah :

                               1) Bentuk permukaan die dan keadaan syiling akibat cakaran yg terjadi pada die.Bentuk parit yang terjadi hanya melibatkan lapisan atas permukaan die.

                               2) Perbezaan die yang terjadi die crack adalah kerosakannya melibatkan kedalam      logam die.Kedua permukaan syiling kelihatan hampir sama sedangkan sebenarnya kerosakan kedua die adalah sangat berbeza.

                               3) Bentuk garis die crack biasanya tidak lurus kerana faktor logamnya.

                               4) Bentuk garis die scratch adalah lurus mengikut pergerakan peralatan yg merosakkannya

      Berbagai bentuk die scratch yang dapat dilihat terjadi pada syiling Malaysia.....

 Penerangan dan spesimen yang dipamirkan ini adalah pendapat depankanta berpandukan rujukan syiling error,sekiranya anda ada pendapat lain untuk dikongsi adalah sangat dialu-alukan...

5 ulasan:

  1. Salam Tuan Depankanta,

    Nampaknya banyak syiling yang disangkakan die gouge error (panjang) rupa-rupanya die scratch.

    Nsdk masih keliru antara garisan bergerigi dan tidak. Macam mana dengan contoh-contoh syiling die gouge berikut:

    koinpro.tripod.com. Die Gouge error

    Syiling di wamworld.com..VAM-3A1 Spiked Tail Feather, Die Gouge State 1.

    Die Gouge on 2000 Canada Cents
    (garisan lurus)

    Besar harapan jika Tuan sudi memberi ulasan tentang perbezaan syiling-syiling tersebut.
    Terima kasih dengan kajian yang Tuan paparkan diatas.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,terima kasih atas link yg diberikan,ini satu usaha untuk mencari pencerahan syiling error yg terbaik.

      Bentuk yg memanjang yang dipaparkan dan dikategorikan sebagai die gouge (rujuk link) adalah kerana mereka telah kenal pasti ianya memang disebabkan kerosakan die semasa proses mencuci/membaiki die dilakukan. Terdapat juga bentuk yg memanjang tetapi mereka tidak dapat pastikan sebabnya dan dikategorikan sebagai die scratch. Bagi syiling Malaysia,bentuk bulat(dot)bertompok adalah telah dipastikan sebagai die gouge. Bagi bentuk yg memanjang sukar dipastikan dan berdasarkan keadaan yg ada pada permukaannya ianya adalah die scratch error. Sekiranya kita ada maklumat yg kuat ianya adalah kategori die gouge,kita juga boleh kategorikan semula dgn penjelasan yg kukuh...

      Bentuk retak bergerigi adalah penting untuk membezakan die crack dgn die scratch..nsdk ambil dua keping biskut,satu dipatahkan dan satu dihiris lurus dgn pisau yg tajam..tentu terdapat perbezaan pada kesan pecahan biskut itu!..Keadaan spt ini terjadi sebab die adalah diperbuat dari logam waja/baja yg melalui proses untuk memperkuatkannya,bila retak atau pecah ianya akan membentuk bentuk tepi yg bergerigi.

      Nsdk jangan risau pasal sub-kategori yg terlalu spesifik kerana ianya juga menjadi teka-teki di semua peringkat. Biasanya siapa yg mendapat info dari kilang syiling mereka yg dapat bercerita dgn tepat..Kita di Malaysia terpaksa berusaha lebih untuk mencari info dan sekurang2nya kita dapat membezakan beberapa kategori utama dalam syiling errors...

      Terima kasih banyak nsdk...semua ini sekadar pendapat depankanta yg perlu dirujuk pada pakar2 untuk pengesahan...

      Padam
  2. Salam Tuan Depankanta,
    Panjang lebar ulasan yang diberikan... Nampaknya syiling dengan error die scratch boleh dikategorikan semula sebagai die gouge dengan alasan yang kukuh. Nampaknya kena jugalah simpan lebih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Bagi kita semua tidak menjadi kesalahan jika kita kategorikan sesekeping syiling error mengikut pendapat kita dan akan diperbetulkan semula oleh pakar2 atau oleh kita sendiri bila ada penemuan bukti atau maklumat baru..

      depankanta juga banyak membuat pembetulan semula spt syiling2 MDD dan DDR.Kita sama2 belajar dari kesilapan sendiri.Penyimpanan syiling2 yang dianggap luar biasa adalah penting untuk pembelajaran dan rujukan akan datang...

      Terima kasih banyak nsdk...

      Padam
  3. Salam kembali Tuan Depankanta,
    Terima kasih sekali lagi kerana banyak memberi pandangan dan ulasan pada syiling-syiling yang disiarkan. Perkongsian yang begitu terisi menambahkan lagi minat terhadap syiling-syiling error.

    Terima kasih banyak.

    BalasPadam