Bagi meneruskan perkongsian syiling-syiling varieti acuan berganda atau doubled die variety dipamirkan sekeping syiling 10 sen 2008 yang jelas memperlihatkan ciri-ciri gandaan pada bahagian kepala congkak. Berlainan dengan gandaan yang terjadi pada DDO 10 sen 2007, DDO 10 sen 2008 ini didapati tidak seimbang jarak gandaannya.
Bahagian muka syiling 10 sen 2008...Doubled Die Obverse
Tumpuan pemerhatian adalah bahagian kepala congkak dan juga pada garis tikar dan garis badan congkak. Jarak gandaan imej pada kepala congkak lebih luas berbanding dgn imej tikar dan badan congkak.
Kedua imej utama (primary) dan kedua (secondary) kelihatan timbul dengan jelas dan ketara iaitu semua details ukiran kepala congkak dapat dilihat dengan jelas (tiada kesan seret), sementara jarak gandaan kepala congkak yang agak luas menjadikannya DDO yg sangat menarik..

Untuk meletakkan kelas DD pada syiling 10 sen 2008 ini perlukan penelitian yang lebih terperinci dan tidak semudah membezakannya dengan kerosakan MDD. Mungkin anda sudah pun dapat memberi hipotesis tentang kelas DDO ini!...
Salam Tuan Depan Kanta,
BalasPadamNsdk ada memiliki dua keping syiling di atas.. nampaknya ia adalah dari die yang sama kerana 100% serupa. Tetapi Nsdk juga ada menemui sekeping lagi syiling 10 sen 2008 dengan bentuk yang berbeza dan disiarkan di blog. Adakah syiling ini adalah varieti kedua dan Tuan juga memilikinya?.
Salam kembali nsdk,
PadamKaedah yg mudah untuk memastikan DD ialah ciri2 gandaan adalah sama walau sebanyak mana syiling dijumpai, perbezaan dibahagian lain mungkin wujud yang disebabkan oleh fonemena lain spt worn die dll.
Bagai varieti 10 sen 2008 selain dari yang ini kemungkinan juga ada sebagaimana yang ada pada 10 sen 2007....Terima kasih nsdk