Ahad, 7 April 2013

SYILING RM1 1971,WEAK EDGE LETTERING

          Edge lettering machine adalah mesin khas yang digunakan untuk membentuk tulisan pada sisi syiling 50sen dan rm1 Malaysia. Tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA" telah diulang dua kali ini mengelilingi bahagian sisi syiling. Syiling rm1 Malaysia dianggap antara yang paling sempurna tempaannya dengan tidak banyak error yang dikesan pada syiling ini.

         Pemerhatian pada sisi syiling-syiling rm1 1971 mendapati terdapat seolah-olah gandaan pada huruf "BANK NEGARA MALAYSIA " yang mungkin disebabkan terjadi pergerakan atau kelemahan  pada edge lettering machine.
.

Dipamirkan berbagai sudut 2 keping syiling rm1 1971 dengan sedikit kesan seolah-olah gandaan pada huruf "BANK NEGARA MALAYSIA".













   
         Syiling rm1 Malaysia 1971, pengeluaran adalah sebanyak 2,378,995 keping. Mungkin anda akan menemui kesan gandaan yang lebih major dari syiling-syiling diatas untuk dikongsi....

     
       Adakah syiling-syiling diatas adalah permulaan pembentukan  Double edge lettering yang  dijumpai pada syiling 50sen palsu ini....


5 ulasan:

  1. Salam Tuan,

    Pada syiling 50sen juga ada ditemui error seperti ini. Nsdk ada temui sekeping syiling 50sen dengan jarak antara tulisan BANK NEGARA MALAYSIA BANK NEGARA MALAYSIA yang pertama dan kedua adalah sama.

    Bila dilihat seolah-olah ianya bersambung antara MALAYSIA dan BANK yang sepatutnya lebih panjang jaraknya. Adakah ianya syiling palsu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Menarik sekali syiling penemuan nsdk tu..Elok masukkan dalam blog nanti sama-sama kita teliti..Selain syiling palsu, syiling tulin juga dijumpai terjadi ciri-ciri demikian...

      Terima kasih nsdk..

      Padam
  2. Assalamualaikum Tuan Depankanta,

    saya difahamkan terdapat 2 variety utk RM1 parlimen 1971..iaitu syiling yg ditempa di UK (500,000 keping) dan Malaysia (2,378,995 keping)..pada pemerhatian tuan, error ini terjadi pada variety yg mana satu ya?jikalau tuan menyimpan kedua-dua jenis variety 1971, bolehkah tuan terangkan dengan lebih lanjut perbezaan yg ketara antara kedua-dua variety ini? syabas dan terima kasih tuan kerana sudi berkongsi^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'Salam sdr Zairul,
      Syiling rm1 1971 tempaan UK memang ada ditulis oleh pakar-pakar syiling Malaysia, persoalan untuk mengenalpasti varieti syiling2 itu masih menjadi hipotesis kerana belum ada pendapat sahih yg dipersetujui ramai mengenai varieti ini. depankanta berpendapat kesukaran ini adalah disebabkan;

      Pada tahun 1971 adalah tahun peralihan proses penempaan syiling dari UK ke kilang syiling Shah Alam, sebagai permulaan kemungkinan proses penempaan sahaja dibuat di Malaysia sedangkan semua mesin ,peralatan termasuk die adalah masih disediakan oleh pihak kilang UK dan QC juga dipantau oleh pihak UK. Bila die yang sama digunakan tentu akan menghasilkan syiling yang sama. Keadaan ini menyebabkan sukar untuk membezakan syiling-syiling yg ditempa di Malaysia dan di UK melainkan mereka yg benar-benar pakar dalam situasi ini.

      depankanta hanya berpeluang meneliti hampir 100 keping syiling ini dan belum menemui satu perbezaan jitu yg dapat dijadikan identiti sebenar syiling tempaan UK. Mungkin bantuan kepakaran dari Mr Saran singh dapat membantu...

      Semua ini pendapat depankanta semata-mata mungkin sdr zairul boleh dapatkan lebih pencerahan dari pakar-pakar numismatik kita..Terima kasih sdr zairul..

      Padam