Isnin, 21 Oktober 2013

CRACKED PLANCHETS ERROR

       Mint error tidak menghadkan kecacatan syiling semasa proses penempaan sahaja tetapi juga melibatkan proses penyediaan logam planchet samada satu logam atau campuran logam (aloi)...Kegagalan dalam proses penyediaan planchet biasanya akan menghasilkan error dalam kategori planchet errors.

       Cracked planchets terdiri dari dua sub-kategori iaitu before strike dan after strike yang dapat dibezakan dengan pemerhatian kepada bentuk keretakan yang terjadi pada planchet samada ianya terjadi sebelum proses penempaan atau selepas penempaan..
                       
                   Spesimen yang dipamirkan ini merupakan dalam sub-kategori "cracked planchet before strike"

                   Kelihatan dengan jelas kesan keretakan terjadi pada bahagian bawah huruf dan angka atau imej kerana keretakan ini terjadi sebelum proses penempaan dilakukan...

               Kategori ini mudah terkeliru dengan struck through filled die grease kerana terdapat beberapa keadaan yang hampir sama. Anda mungkin ada pendapat lain tentang syiling 20sen 1982 ini...


        

5 ulasan:

  1. Salam Tn. Depan Kanta,

    Saya pun ada mempunyai syiling cracked planchet 20sen 1982, tetapi kelihatan seperti retak selepas proses penempaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      kategori ini jarang dipamirkan oleh meminat syiling error kerana kekeliruan dengan PMD dan beberapa kategori error yang lain. Syiling nsdk juga berkemungkinan dalam kategori ini dan pengesahan boleh dibuat dengan pemeriksaan yang teliti...Terima kasih nsdk

      Padam
  2. duit syiling nostalgia nih.,iihhKs

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih wak gelas, bila syiling-syiling siri Parlimen ini ditarik dari edaran pasti kita semua akan merinduinya dan sudah pasti juga dimasa itu nilainya bukan lagi nilai muka...Terima kasih wak dan selamat berkenalan dengan syiling error...

      Padam
  3. Sy sda syiling cm nie tpi 5 sen 1973... Agak2 market duit nie bpe...cod-jb.. 0177258859

    BalasPadam