Khamis, 15 Mac 2012

10 SEN S3M & DIE CRACK

Die crack adalah antara kategori error yg paling popular pada syiling moden Malaysia,kalau dibandingkan antara siri pertama dan siri kedua,siri kedua atau siri bunga raya lebih banyak dijumpai terjadi ciri2 ini.

   Syiling S3M yg belum diketahui  mintagenya juga sudah mula dijumpai terdapat kesan2 die crack.Memandangkan koleksi S3M yg diperolehi depankanta agak baru mungkin ianya adalah hasil tempaan dalam batch yg terkemudian.Tidak dapat dielakkan,syiling2 yg terkemudian ini akan meninggalkan kesan kerosakan dan kelasakkan die spt die chip error,die crack error,worn die error dan lain2 error lagi.....

     Melihatkan pada jumlah yg ada dalam edaran,syiling S3M tidak begitu banyak ditempa atau belum diedarkan sepenuhnya.Berbanding keluaran tahun pertama siri kedua pada tahun 1989 tidak banyak error yg dijumpai,keluaran tahun pertama syiling S3M sudah pun menunjukkan banyak ciri2 error yg terjadi.

       Sekeping syiling 10 sen S3M ini telah menunjukkan kesan kecil die crack,sekiranya pihak kilang gagal mengesannya kemungkinan pengumpul akan berjaya jumpai die crack yg lebih besar...

               
                       Bahagian muka syiling 10 sen S3M...Die crack terjadi hingga kepermukaan rim.

                       Terdapat dua kesan die crack yg sekiranya dibiarkan akan membesar merosakkan die dan berpotensi menghasilkan cud error yg istimewa.....


      

Rabu, 14 Mac 2012

5 SEN S3M & LATHE LINES

Penemuan syiling2 lathe lines bermula seawal pengeluaran syiling moden pertama Malaysia,iaitu syiling 50 sen 1988 dan 5 sen 1973 kemudian diikuti syiling siri kedua 5 sen 2010 dan 20 sen 2007.Kini syiling S3M (siri ke3 Malaysia atau Malaysia 3rd Series) juga dikesan masih meneruskan fenomena ini.

       Beberapa keping syiling 5 sen S3M 2012 dijumpai terdapat kesan lathe lines yg membentuk concentric circles.Penemuan ini menimbulkan persoalan adakah garis2 ini adalah disebabkan oleh lathe machine atau kesan dari permukaan die yg dibaiki dan tidak dipolish dgn sempurna atau repaired die error.

                     Kesan lathe lines yg ketara pada bahagian muka syiling 5 sen S3M 2012.

                         Dipamirkan berbagai sudut untuk memudahkan pemerhatian...






            Depankanta sempat kumpulkan 7 keping syiling 5 sen 2012 yg mempunyai ciri2 lathe lines
                 Fenomena ini tidak pula terjadi pada bahagian belakang syiling........

Selasa, 13 Mac 2012

S3M atau M3S

Syiling Malaysia siri ketiga sudah beberapa bulan berada dalam edaran.Biasanya bagi memudahkan pengenalan para ahli2 numismatik akan merujuk pada lambang yang menjadi tarikan utama pada syiling berkenaan bagi menyatakan sirinya seperti "siri Parlimen" bagi siri pertama (1967-1988) dan "siri Bunga raya" bagi siri kedua (1989-2011),semua ini terjadi secara spontan tanpa apa2 arahan dan masyarakat Numismatik rata2 setuju dgn istilah ini yg dilihat bersesuaian.

       Bagi siri ketiga pula,walaupun belum ada satu gelaran yg popular namun telah ada beberapa blogger menamakannya M3S atau Malaysia 3rd Series,atau dalam Bahasa Malaysia  S3M iaitu Siri keTiga Malaysia.Sehingga sekarang nampaknya sudah ramai para blogger mula menyesuaikan diri dgn istilah ini.

       Bila bercakap tentang syiling Malaysia siri ketiga ini,satu perkara yg menarik perhatian, iaitu beberapa simbol yg dikaitkan dengan Bendera Israel atau lebih tepat lagi lambang star of david.Depankanta melihat perkara ini masih samar sehingga ianya benar2 telah dibuktikan.Bagi depankanta lebih berminat untuk memperkatakan iaitu pada keseluruhan imej dan simbol yg ada pada semua denominasi S3M ianya tidak dapat menggambarkan identiti Malaysia dengan hanya sekali pandang.Mungkin rekabentuk atau corak yg dipaparkan tidak mewakili corak tradisi yg popular dikalangan masyarakat Malaysia.

     BNM yg diamanahkan untuk menguruskan pengeluaran syiling S3M ini sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam yg sangat peka dgn apa jua simbol yg berkaitan dgn negara Israel,pengeluaran S3M dilihat telah mencetuskan seribu satu perbahasan dan polemik antara blogger yang tentunya akan meletakkan keadaan yg tidak selesa disebabkan pengeluaran S3M yg sepatutnya disambut dgn gembira.

    Pada awalnya depankanta lebih suka mengambil sikap terbuka dan menganggap semua ini adalah hanya satu kebetulan yg malang.Namun bila ditaip saja perkataan "syiling baru Malaysia"dalam carian google,maka akan terpapar terlalu banyak blog2 yg memperkatakan tentang keanehan simbol syiling Malaysia siri ketiga ini.Sebagai blogger yg terlibat dgn syiling Malaysia depankanta berpendapat,bila terlalu ramai yg memperkatakannya ada pihak yg sepatutnya tampil memberi penjelasan.


                 ADAKAH PERMUKAAN SYILING INI BERIDENTITIKAN TRADISI MALAYSIA?

Sabtu, 10 Mac 2012

AKUARIUM KOLAM 2

Nama yang lebih sesuai bagi Konsep ini adalah aquascape yang melibatkan hiasan berkaitan hidupan air tapi depankanta hanya cuba wujudkan satu kolam mini yang juga diletakkan satu sudut cermin bagi melihat hidupan air dgn lebih jelas spt akuarium...

         Blogger whycollect nampaknya ada kepakaran dalam kerja2 seni aquascape ini dan banyak panduan telah dikongsi melalui komen beliau dalam post akuarium kolam.Mewujudkan satu suasana yg tenang untuk santai sekeluarga sememangnya menjadi idaman setiap orang namun untuk merealisasikan semua ini memerlukan kos yg bukan sedikit.Dgn belanja yg terhad depankanta cuba siapkan sendiri aquascape diruang tamu ini dan hasilnya tentu tidak seindah hasil karya pereka2 profesional....

                           
                           Air telah diisi dengan secukupnya.....

                            Jeram air terjun berjalan dgn baik.....

                       riak dan bayangan air yg mengasyikkan....

                       Hiasan dalam air semuanya plastik saja kerana senang diurus....

                         Nampak macam ikan2 ni happy saja,berkawan  kesana-kemari....

                   Juga dimasukkan 15 ekor udang galah yg bersifat pemalu....

                     
             Selamat bercuti hujung minggu dan bersantai bersama keluarga......

Khamis, 8 Mac 2012

PARTIAL COLLAR SYILING 5 SEN

Keistimewaan dari menyusun syiling minor off center akan memudahkan kita mencari error lain yg mungkin terjadi semasa proses penempaan,terutama yang melibatkan die ketiga atau collar die.

   Antara yg menjadi tumpuan pada syiling off center adalah syiling 5 sen 2000.Bila  diperhatikan pula pada sisi syiling ini,jelas terdapat kesan tempaan die ketiga yg kurang sempurna.Partial collar error pada syiling 5 sen sukar dijumpai.


                 Dua keping syiling 5 sen 2000 yg terdapat ciri2 off center..

           Bila diperhatikan pada sisinya terdapat kesan terjadi partial collar yg jelas.

            Dipamirkan dari berbagai sudut bagi memudahkan pemerhatian



        Biasa dilihat yang dipamirkan oleh blogger ialah partial collar syiling 20 sen siri bunga raya


        Kesan partial collar yg dapat dilihat pada syiling 20 sen memang menarik