Isnin, 8 Oktober 2012

KEUNIKAN RTR DIE CRACK

          Die crack merupakan antara kategori error yang menjadi tumpuan pengumpul US pada awal penerokaan bidang syiling error di negara mereka.Minat pada sesuatu yg baru pada masa itu telah menyemarakkan pencarian berbagai jenis error yg terjadi pada duit syiling.Die crack menjadi kegemaran ramai kerana ciri2nya yang menarik dgn berbagai bentuk.

          Beberapa tahun pengeluaran syiling 50 sen Malaysia siri bunga raya didapati mempunyai bentuk dan saiz die crack yang hampir sama dan keadaan ini dilihat satu keunikan pada kejadian die crack.Depankanta telah pamirkan dalam post yg lalu : http://depankanta.blogspot.com/2011/11/rtr-die-crack-2000.html
Syiling die crack 50 sen 2000.Bentuk dan saiz die crack yg hampir sama juga ditemui pula pada syiling 50 sen 2011.Keadaan ini menimbulkan tanda tanya bagaimana ianya terjadi?...

           Bahagian muka syiling 50 sen 2011
               RTR die crack terjadi membentuk bujur pada bahagian bawah wau bulan.Dua die crack dikesan pada syiling 2011 ini.

          Dengan terbentuknya dua atau lebih die crack,pakar2 syiling error telah mengklasifikasikan keadaan ini sebagai Shattered die iaitu satu keadaan yang menggambarkan die yang hampir berkecai...
 

             Bahagian muka syiling 50 sen 2000  ini pernah dipamirkan dalam post terdahulu...

                 Bentuk dan saiz hampir sama dgn syiling 2011.
 

             Jika ditelitikan bentuk,saiz dan tempat ianya terjadi,ada sesuatu yang dapat kita fikirkan tentang die yang menempa syiling2 ini..
            RTR 50 sen die crack juga dipamirkan oleh rakan blogger sdr mnfaj dan sdr afiq nizam....

Sabtu, 6 Oktober 2012

SYAMPU AKAR BELURU

      Akar beluru atau juga dikenali dgn akar sintok mempunyai keistimewaan tersendiri dan telah banyak berjasa pada masyarakat Melayu Nusantara suatu masa dulu....Pokok yang mudah diperolehi dipinggir hutan tropikal ini kian pupus oleh kepesatan arus pembangunan.Sebelum ianya lenyap dan tidak lagi dikenali oleh generasi muda elok dipaparkan untuk perkongsian bersama.

     Masyarakat melayu nusantara sebelum kedatangan pedagang luar dari berbagai negara banyak bergantung kepada sumber dari  alam semulajadi bagi keperluan kehidupan seharian,walaupun mungkin terdapat berbagai barangan dipasaran pada masa itu ianya lebih digunakan oleh masyarakat yg tinggal dipekan.

     Barangan penjagaan diri spt ubat gigi,sabun,minyak rambut,syampu,wangian dll merupakan barang2 yang dianggap baru yang dibawa masuk bila kegiatan perdagangan dgn dunia luar bermula.Masyarakat melayu dulu tidak kurang menitikberatkan penjagaan diri,umpamanya bagi membersihkan gigi,mereka menggunakan arang dan garam.Bagi membersihkan rambut pula,akar beluru menjadi pilihan utama kerana sangat berkesan dan mudah diperolehi.

                   Beginilah akar beluru yang baru diperolehi dari pasar P.Mas,seikat ini hanya rm1

     Untuk menggunakannya dgn betul,ianya perlu direndam untuk seketika.....

           Akar beluru ini menjadi lembut bila direndam air dan akan mengeluarkan buih bila digosokkan di kepala atau badan.Kandungan akar ini tidak mengeluarkan apa2 bau dan berupaya untuk menyegarkan badan.

            Bagi menghilangkan kelemumur dan kotoran dikepala,biasanya akar beluru dicampurkan dgn limau purut..Akar beluru kini dilihat telah mula digunakan oleh pengusha SPA untuk berbagai rawatan di pusat2 kecantikan mereka dan mungkin suatu hari nanti Cik Mek Molek Duchess of Cambridge Kate Middleton akan mandi menggunakan akar beluru..hehe

            Tentu anda pernah lihat akar beluru yang berjuntai dipinggir2 hutan atau dalam belukar,walaupun biasa disebut akar sebenarnya ini adalah batang pokok beluru...Kanak2 suka bergayut ala Tarzan pada batang beluru begini...

      Zaman pengunaan akar beluru mungkin masih meluas dimasa wang kertas sen ini digunakan...Sebelum perang dunia ke2....

           Tempat mandi pada masa itu  juga bersesuaian kerana akar beluru boleh diperolehi berhampiran dgn sungai....

         Bagi masyarakat yg berjauhan dari sungai,telaga atau perigi menjadi punca air utama dan hampir setiap rumah akan ada dibina telaga,timba upih dan pokok pinang biasanya akan jadi pelengkap suasana tepi telaga.

Khamis, 4 Oktober 2012

GUTTER FOLD?

     Wang kertas baru Malaysia yang baru beberapa bulan beredar telah disambut baik oleh orang ramai,walau terdapat beberapa suara yg memberi komen tentang pengeluaran wang kertas baru ini ianya lebih merupakan satu teguran untuk penambahbaikan akan datang.

      Bagi pengumpul yang sentiasa peka dgn setiap inci yang ada pada permukaan wang kertas akan mengambil peluang keluaran wang baru untuk meneliti apa saja keistimewaan yg ada samada pada angkanya,prefixnya,prefix  gantian,radar,error dll yg sentiasa menjadi idaman disanubari setiap pengumpul.

     Wang kertas denominasi RM20 yang ditemui ini kelihatan terdapat ciri2 gutter fold error yang kurang jelas.Bagi depankanta yang kurang arif tentang error pada wang kertas ingin berkongsi dgn rakan2 dan pelawat adakah benar2 keadaan ini adalah error atau ada sebab lain yg menyebabkan kerosakan ini.

                        Garis putih kelihatan pada wajah Yang DiPertuan Agong,juga terdapat tompokan yg tiada kesan dakwat cetakan pada bahagian pipi.

            Bandingan dgn wang kertas yang sempurna cetakannya ini......

      Wang kertas yang sempurna dapat dilihat keunikan rekabentuknya bila setiap details dibesarkan...

            Wang kertas yg rosak ini tidak meninggalkan garis kosong(putih) sepenuhnya tetapi terdapat juga bahagian yg tidak terjejas spt pada bahagian kumis...

          Bahagian muka wang kertas rm20 yg ada kesan gutter fold....

       Bahagian belakang.....Prefix AA


           Pada bahagian belakang yg bertentangan dgn garis kosong  tiada apa2 kesan....
    

Selasa, 2 Oktober 2012

STRUCK THROUGH VS FILLED DIE

         Struck through grease filled die error merupakan kategori error yang merujuk kepada syiling2 yang terdapat kesan tempaan yang terhalang oleh cecair likat minyak gris yang berada diantara die dan planchet semasa proses penempaan sedang berjalan.Dalam keadaan ini  filled die merupakan satu bentuk dari struck through error.

         Dalam keadaan tertentu jika ditemui halangan yg berada diantara die dan planchet adalah berbentuk objek keras spt wayar,cebisan logam dll.ianya diistilahkan sebagai struck through error,ianya diistilahkan secara berasingan dengan filled die error.

          Filled die error,kebanyakan yang dipamirkan oleh pengumpul adalah dikaitkan dgn kehadiran minyak gris pada permukaan die semasa proses tempaan dijalankan,selain gris terdapat juga elemen lain spt air,gas,plak dll. boleh yg menyebabkan kerosakan pada sebahagian imej yg ada pada permukaan syiling.

         Bahagian muka syiling 5 sen 2011,kesan struck through dan filled die dari dua elemen yg berlainan terjadi serentak
         
          Sesuatu yang keras telah terjatuh diantara planchet dan die,selain objek itu juga terdapat kesan seumpama gris turut menganggu proses penempaan syiling ini.


            Keadaan ini dapat menggambarkan struck through dan filled die,dalam keadaan tertentu adalah dua kategori  yg berbeza.....

             Kesan struck through error mudah terkeliru dgn kerosakan yg disebabkan PMD,pemerhatian dan pemeriksaan yg teliti perlu dibuat  bagi membezakan antara kedua kategori ini.

Ahad, 30 September 2012

SYILING PALSU TEMBAGA


              Kenalan depankanta,sdr Azim merupakan seorang pekedai runcit yg biasa  berurusan dgn duit2 syiling,menjadi amalan  beliau jika terjumpa syiling2 yg ganjil beliau akan beritau depankanta.Penemuan sekeping syiling 50 sen yg kelihatan kekuningan ini telah membuat beliau ingin tahu apa yg sebenarnya terjadi.Dengan seimbas pandang saja depankanta dapat mengagak syiling ini adalah palsu yang diperbuat dari tembaga.

          Kesan calar bekas diturih dgn sesuatu yg tajam telah menampakkan isi kandung planchet yg berwarna kuning keemasan.Memandangkan syiling ini tidak melekat pada magnet tentu tiada campuran besi  didalamnya.Gejala syiling 50 sen palsu berada dalam edaran nampaknya akan terus menghantui masyarakat kita hinggalah syiling2 siri Bunga raya ini dinyah nilai dan  ditarik semula dari edaran sebagaimana syiling rm1 kris siri bunga raya...

                        Bahagian belakang syiling palsu 50 sen 2000...Kelihatan kesan calar yg dibuat oleh pengguna yg sangsi dgn ketulinan syiling ini...

          Pada bahagian muka juga ada bekas diturih dgn benda yg tajam untuk melihat isi kandung planchet syiling ini.

             Pada bahagian sisi juga  tidak terlepas dari diuji.........

           Syiling palsu dari tembaga yg sempurna  sukar dikesan kerana keberatannya tidak banyak berbeza dari syiling tulin dan bila disaluti pula dgn warna perak ianya akan bebas berada dalam edaran...

             Sekiranya warna kekuningan ini tidak kelihatan,syiling ini masih dapat dikesan kepalsuannya dgn memerhatikan garis2 concentric circles yg wujud pada permukaan syiling ini....
          Terima kasih daun keladi sdr Azim kerana mengizinkan depankanta menyimpan syiling ini.....