Rabu, 15 Februari 2012

SET DIE CRACK (OBVERSE)

Bagi melengkapkan set die crack yg terjadi pada bahagian muka syiling (obverse) agak sukar kerana error ini disebabkan keretakan berlaku pada die bawah (anvil die) yg hanya "menunggu",berbanding dgn die atas (hammer die) yg sentiasa bekerja menempa syiling tentunya mudah terjadi keretakan pada die.

      Denominasi yg sukar dijumpai die crack error pada bahagian muka ialah deno 20 sen untuk siri bunga raya ini.Sementara syiling2 1 sen dan 5 sen pula agak mudah dijumpai.Syiling2 die crack error 10 sen pula agak pelik,ianya berlaku pada tempat yg sama pada tahun keluaran yg berlainan.

                              5 sen 2008
                          1 sen 2005
                         10 sen 2007
                        20 sen 2005
                       50 sen 2005
                               
                  Set lengkap die crack (obverse) berbagai denominasi siri bunga raya

                           Set lengkap die crack error (reverse) 

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kemungkinan rekabentuk congkak itu di mana hujungnya agak tinggi tetapi kecil sedikit menyebabkan lebih stress pada bahagian die terbabit.
    Haha, hanya tekaan kami sahaja.
    Kamipun sedar kesan itu pada 10sen juga.
    Terima kasih banyak depanakanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Berbagai kemungkinan boleh terjadi dalam kilang syiling.Bukan sahaja die crack pada syiling 10 sen yg terjadi pada tempat yg sama,pada syiling 1 sen 2005,2006 dan 2007 juga mengalami fenomena yg hampir sama.

      Andaian yg dibuat oleh whycollect itu adalah satu kemungkinan yg paling logik.Banyak crack yg terjadi bermula dari tempat yg paling kecil hujungnya berada berhampiran rim.

      Depankanta akan usahakan untuk pamir beberapa keping syiling 10 sen yg dimaksudkan..

      Terima kasih banyak whycollect....

      Padam