Jumaat, 24 Februari 2012

WORN DIE WORN COIN


     Worn die selalu menjadi pertanyaan dikalangan mereka yg baru menceburi bidang syiling error.Berbagai sangkaan dibuat bila terjumpa syiling2 begini dan kebanyakannya dibiarkan atau dibelanjakan saja kerana dilihat tiada apa yg istimewa pada syiling ini.


Pernah depankanta tunjukkan syiling ini pada tukang emas dan mereka memberitahu keadaan ini disebabkan kepanasan logam semasa proses penempaan..Sangkaan itu tentu tidak tepat kerana dalam proses penyilingan, suhu tidak begitu mempengaruhi keadaan syiling.


                   Dalam post terdahulu telah dipamirkan syiling 5 sen dan 10 sen worn die error,untuk perkongsian kali ini dipamirkan pula syiling 20 sen 2005 untuk dinilai bersama....

                    Ciri-ciri worn die lebih jelas pada bahagian belakang syiling.Sayang sekali dijumpai syiling ini dalam keadaan yg sudah lasak jadi worn die dijumpai pada worn coin.

                          Bahagian muka juga terdapat kesan worn die dan worn coin...


2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Pekerja lemah and lesu biasanya dipandang rendah dan dijauhi tetapi die lesu and teruk selalu menarik banyak perhatian, haha :D

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Die yg menempa syiling ini terlalu letih,sebenarnya ia perlu dicuci dan dipolish semula untuk menyegarkannya semula..

    Kita selalu mendapat syiling error untuk dijadikan koleksi hasil dari "kekurangan" yg terjadi dalam kilang.Sebenarnya bagi QC kilang mereka biasanya mengesan error yg terjadi dengan mata kasar sahaja.

    Nampaknya bagi meningkatkan lagi mutu syiling kita,pihak kilang kena bekerjasama dgn pengumpul syiling error yg bersedia mengesan error dgn menggunakan berbagai jenis kanta.

    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam