Isnin, 19 Mac 2012

5 SEN S3M,STRUCK THROUGH & REPAIRED DIE

Syiling 5 sen S3M yg dipamirkan sebelum ini bawah tajuk lathe lines error sebenarnya jika dilihat pada jumlah dan keadaan garis yg ada pada permukaan syiling ini,ianya lebih merupakan kesan repaired die.Depankanta berpendapat kilang syiling Malaysia telah mengunakan mesin atau peralatan berkonsep yg sama untuk membersihkan die pada ketiga2 siri syiling Malaysia.

       Meneliti setiap keping dan setiap sudut syiling adalah menjadi rutin bagi pengumpul syiling errors.Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan tentang beberapa kategori error akan memudahkan pengumpul untuk mengatur koleksinya.Mana2 syiling yg 2 in 1 errors biasanya depankanta akan simpan mengikut error mana yg lebih rare atau major....

     Untuk post ini,dipamirkan sekeping syiling 5 sen S3M yg dikesan terdapat ciri2 struck through dan repaired die yg agak ketara.

                      Kesan garis2 halus yg dilihat ini lebih merupakan akibat dari kerja2 mesin repaired die dan yg paling menarik pada syiling ini ialah penemuan kesan struck through atau mungkin juga lamination error!.

                      Kesan ini mudah menimbulkan kekeliruan jika dijumpai pada syiling yg sudah lasak beredar,melihat pada corak yg terjadi ianya bukan kesan minyak,gris,gas atau air.Mungkin disebabkan die beralas pada benda2 yg keras...Kesan begini juga boleh mengaitkan syiling ini dgn lamination error.

                    Sementara garis2 kesan repaired die pula membentuk concentric circles menggambarkan ianya adalah sesuatu yg sengaja dibuat bukan akibat terkena sesuatu...

                        Dipamirkan berbagai sudut syiling ini untuk perkongsian...



                          Tiada apa2 kesan mint error pada bahagian belakang syiling ini...
         

       

     

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Tahniah lagi sekali kerana baru sahaja syiling ini dikeluarkan, depankanta telah menjumpai error ini.
    Dengan jumlah tempaan semakin meningkat, nampaknya error sedemikian akan terus muncul pada masa akan datang.
    Kesemua error dan variety dijumpai perlu disimpan dengan elok untuk dijadikan satu rujukan pada siri syiling ini.
    Ketika ini, susah untuk kita berkata trend kecacatan ini terjadi kerana masih satu jangka masa yang terlalu singkat.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi whycollect,
      Kejadian syiling2 error adalah perkara biasa,walaupun pihak kilang telah meningkatkan mutu QC tapi dgn jumlah tempaan yg berjuta keping sukar utk mengawal sepenuhnya mutu syiling2 ini.

      Di negara2 barat yg mempunyai banyak kilang syiling dalam sebuah negara,mereka bekerjasama antara kilang dan pengumpul syiling error.Keadaan ini memberi keuntungan juga pada kilang yg dapat menilai mutu produk mereka melalui penemuan oleh para pengumpul.

      Antara pegawai QC kilang dan Pengumpul,tentu kelebihan menjejaki error pada syiling berada pada pengumpul kerana ini adalah hobi yg mereka minati tapi pegawai2 QC adalah pekerja yg bekerja mengikut prosedur yg ditetapkan.

      Hingga hari ini walaupun sudah tiga siri syiling moden Malaysia dikeluarkan oleh kilang yg sama,namun belum dijumpai maklumat yg menunjukkan kerjasama antara kilang dan pengumpul syiling Malaysia...

      Terima kasih banyak2 Whycollect...

      Padam