Isnin, 26 Mac 2012

ROTATED DIE CW/CCW 180 DARJAH

  Syiling 10 sen merupakan denominasi yg agak sukar untuk diperhatikan imej yg terbalik pada kedua permukaan syiling.Dalam post terdahulu telah dipamirkan rotated die error pada syiling 10 sen yang hanya sekitar 100-110 darjah pusingannya.

          Setelah begitu lama pencarian,akhirnya sekeping syiling 10 sen 2005 dengan 180 darjah pusingan dapat juga berada dalam koleksi depankanta.


                       
                      Perbezaan dua keping syiling 10 sen,rotated die dan syiling biasa..

                             Walaupun pengunaan cermin dapat menggambarkan keadaan sebenar kedua permukaan tapi kelemahannya ialah akan wujud beberapa arca syiling atas permukaan cermin....Perhatikan kedudukan imej pada kedua permukaan syiling ini...CW/CCW 180 darjah.

                           Anda boleh cuba letakkan sekeping syiling 10 sen keatas cermin dan lihat bagaimana kedudukan imej pada kedua permukaan syiling tersebut...
               
                     Syiling 10 sen 2005  dengan rotated die yang lain tentu masih ada dalam edaran,hanya menunggu para pelawat akan menemuinya.....

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Salam Abe Faiz,
      Mengumpul syiling error nampaknya menjadi semakin popular dan dinegara2 maju hobi istimewa ini mendapat sambutan dari berbagai lapisan masyarakat.Perkongsian tentang premium syiling2 ini dapat dilihat dalam lelongan e-bay..

      Terima kasih banyok abe Faiz,nanti kelek kg oyat la.Kita make nasi kabu...

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Syiling rotated die bukan lagi senang dijumpai.
    Nampaknya jenis kecacatan ini semakin berkurangan.
    Kemungkinan satu masa nanti, kejadian menyebabkan kecacatan ini boleh dihapuskan dengan mesin tempaan yang canggih.
    Jadi, yang telah dijumpai, simpan baik-baik dulu lor, hehe.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Rotated die sangat berkait dgn teknologi mesin yg digunakan untuk proses penyilingan.Kalau kita perhatikan syiling2 rotated die yg dipamirkan,kebanyakannya adalah dari siri bunga raya dan ada juga sedikit pada siri Parlimen.

      Bagi s3M,belum dapat dipastikan adakah ianya menggunakan mesin2 yg memberi peluang untuk terjadi rotated die atau tidak.Sama2 kita tunggu penemuan pertama..

      Terima kasih banyak2 whycollect....

      Padam
  3. salam depankanta..
    tahniah kerana menemui rotated die error pada syiling 10 sen 2005 pada darjah yang fakkahqarsh anggap sukar untuk ditemui...kini 10 sen 2005 180 darjah milik fakkahqarsh ada saudaranya...haha

    satu penemuan yang sgt2 menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali fakkahqarsh,
      Tahniah juga untuk fakkahqarsh(susahnya nak eja..haha).Syiling rotated die merupakan antara error yg ada potensi akan meningkat premiumnya nanti, apa lagi yg bergred tinggi.

      Syiling kepunyaan fakkahqarsh itu mungkin dari batch yg sama dgn syiling ini.Tarikh lahirnya sama,cuma pemerhatian yg teliti akan menentukan mana adik dan mana abang...

      Terima kasih banyak2 fakkahqarsh...

      Padam
  4. haha..fakkahqarsh tu bahasa arab bermaksud duit kecil syiling...hehe..fakahqarsh rasa syiling kepunyaan depankanta abg kpd syiling fakkahqarsh kot..hehe
    betul kata depankanta,syiling rotated die error ada potensi premium yg tinggi tambah2 yg cw180 darjah..
    setakat ni fakkahqarsh baru ada 3 kping rotated die error cw 180..sama2 kita memburu syiling2 error ini..tqvm atas pandangan dan nasihat tuan depankanta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Fakkahqarsh,
      Disamping penemuan syiling2 error,gred yg tinggi dan kaedah penyimpanan yg betul juga penting untuk mendapatkan premium yg memuaskan...

      Terima kasih banyak2 fakkahqarsh..

      Padam
  5. salam tuan depankanta..
    sememangnya saya masih amat2 baru dlm bidang ni,sayau nak minta pendapat depankanta kaedah yang terbaik utk penyimpanan syiling..
    boleh tak saya lap/gosok syiling dgn kain kering dan simpan di dalam bekas plastik??
    mohon penerangan tuan..
    tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali fakkahqarsh,
      Basuh/cuci/lap/gosok dll.pada syiling2 akan memisahkannya dari nilai numismatik.Setiap syiling samada klasik /key-dates atau error dinilai mengikut gred masing2,bila sesekeping syiling sudah dicuci ianya TIDAK lagi dapat dinilai grednya!.
      Pendapat peribadi depankanta bagi syiling2 yg dijumpai dlm keadaan basah hendaklah dikering dgn menggunakan blower spt pengering rambut.Sebelum disimpan dalam bekas syiling elok diteliti semua sudut dan jika perlu diambil foto bagi mengelakkan terpaksa membukanya semula.Syiling yg hendak disimpan biarlah benar2 berkeadaan kering dan disimpan dalam suhu bilik biasa.

      Pengumpul syiling error biasanya cenderung untuk mencuci/lap syiling2 error utk tujuan pemerhatian dan pembelajaran,pastikan syiling2 berkenaan tidak bernilai tinggi dan ianya hanya untuk koleksi peribadi semata2 sahaja.

      Sebelum mengambil apa2 tindakan mengubah rupa asal syiling, sila rujuk pada blog/laman web pakar2 numismatik tempatan atau antarabangsa kerana sekali membuat kesilapan tiada lagi kaedah untuk memperbetulkannya.
      Terima kasih fakkahqarsh..nota ini hanya pendapat depankanta semata2,sila rujuk pada yg lebih pakar dalam hal ini...tq

      Padam
  6. salam tuan depankanta..
    terima kasih byk2 atas nasihat dan tunjuk ajar depankanta...maklumat yg sgt2 berguna..tqvm

    BalasPadam