Khamis, 28 Mac 2013

PARTIAL COLLAR STRIKE

            Partial Collar die strike merupakan kategori error yang mudah terlepas pandang bila proses membelek syiling dibuat secara tergesa-gesa. Keadaan ini terjadi kerana biasanya perhatian "pemburu" lebih tertumpu kepada bahagian permukaan dan belakang syiling sedangkan pada bahagian sisi syiling sering diabaikan...

           Collar die atau die ketiga adalah berperanan memegang planchet bila proses penempaan dijalankan, pada waktu yang sama ia menghasilkan gerigi pada sisi syiling (reeded edge)untuk denominasi 5sen,10sen dan 20sen. Bagi denominasi 50 sen syiling Malaysia, imej tulisan pada sisinya (edge lettering) dihasilkan sewaktu proses pembentukan rim pertama atau upsetting rim...


            Bahagian sisi syiling 50 sen siri bunga raya dengan partial collar strike error...

               Bila diteliti pada imej setiap huruf  "BANK NEGARA MALAYSIA" akan memahamkan kita bagaimana dan bila proses penempaan tulisan ini dilakukan..Error terjadi disebabkan collar die hanya mencengkam sebahagian dari sisi planchet sementara bahagian yang lain bebas dari terkena collar die tetapi wujud imej tulisan pada bahagian yang tidak terkena collar die...


                Partial collar strike pada  Syiling 20 sen agak berlainan kerana collar die membentuk imej gerigi semasa proses penempaan syiling, bahagian yang kosong adalah kawasan yang tidak terkena collar die...
Proses pembentukan sisi bergerigi syiling 20sen dibuat pada proses penempaan syiling sementara proses pembentukan tulisan pada sisi syiling 50sen dibuat semasa proses upsetting rim atau proto rim...

Dari pemerhatian  fenomena yang ada pada kedua syiling 50sen dan 20sen ini akan memberi kefahaman bagaimana perbezaan pembentukan imej pada sisi syiling antara kedua denominasi ini.

Jumaat, 22 Mac 2013

SYILING PALSU 2007,DD,DDD & MDD SEMUA ADAA..

          Proses pembuatan syiling-syiling palsu siri bunga raya sangat mirip kepada proses pembuatan syiling tulin. Berbagai kategori error yang biasa terjadi pada syiling tulin dapat dilihat pada syiling-syiling palsu. Antara kategori yg pernah dijumpai ialah die crack,die chip,die clash dll  dalam kategori utama die errors.

        Penemuan kategori die crack dan die chip memberi gambaran syiling palsu ini juga menggunakan dua peralatan die, berlainan dgn syiling klasik palsu yang menggunakan acuan. Penemuan die clash pada syiling palsu pula menggambarkan ianya dibuat melalui proses tempaan.

       Agak memeranjatkan bila ciri-ciri Doubled die juga dikesan terjadi pada syiling palsu seolah-olah proses pembuatan die juga dibuat secara multi-squeeze yang begitu rumit berbanding secara single squeeze yang lebih mudah...Mereka sedaya upaya cuba menghasilkan syiling palsu yang benar-benar menyamai syiling tulin dengan bermula dari mengikuti proses sebenar pembuatan die....

                Bahagian belakang syiling palsu 50sen 2007.....

              Kesan lekuk(notching) pada sebahagian huruf adalah ciri-ciri khas untuk mengenali DD tulin. Imej kedua (secondary)daun bunga raya kelihatan timbul membulat (rounded) menggambarkan ciri-ciri DD.

                Die Deterioration Doubling (DDD) merupakan fenomena yang terjadi disebabkan pemakaian die yang lasak dan berterusan..Kesannya ialah gandaan imej terjadi pada kiri-kanan atau atas-bawah imej utama.

          Juga terdapat kesan berlaku die yang terseret semasa proses penempaan yang menghasilkan Mechanical Die Doubling(MDD) pada syiling ini. Kesan seret yang jelas dapat dilihat pada huruf "N" (SEN). Ketiga-tiga elemen DD,DDD dan MDD tidak mustahil akan terjadi juga pada syiling tulin kerana proses pembuatan syiling Malaysia mengharuskan semua kerosakan ini terjadi pada sekeping syiling.
Bahagian muka syiling palsu 2007...Sentiasa cantik dan berkilau


Selasa, 19 Mac 2013

ROLLED-THIN PLANCHETS

           Proses penyilingan di Kilang syiling biasanya bermula dengan proses menipiskan kepingan logam menggunakan mesin roller sebelum logam itu ditebuk untuk dijadikan blank iaitu blanking process. gelung logam atau metal coil biasanya disediakan oleh pihak lain samada keluaran tempatan atau di impot. .

       Rolled-thin planchets merupakan kategori error yang menyebabkan ketebalan syiling menjadi nipis berbanding spesifikasi teknikal sebenar syiling berkenaan. Selain rolled-thin planchets, rolled thick planchets juga adalah kategori yang biasa terjadi bila syiling lebih tebal dari spesifikasi sebenar. Kesilapan pelarasan saiz pada mesin roller mungkin menjadi penyebab error ini.

    depankanta pernah pamirkan penemuan syiling-syiling 1 sen dan 5 sen siri bunga raya yang lebih nipis dari biasa dan pada awal penemuan kategori ini belum lagi diketahui lalu penemuan ini dianggap biasa sahaja. Setelah meneliti kembali dalam beberapa laman web syiling error, didapati terdapat kategori yang menjelaskan syiling-syiling begini.

                      Perbandingan dua keping syiling 5 sen biasa(kiri) dan syiling rolled-thin planchets(kanan)

                 Hipotesis mengenai kejadian rolled-thin planchets.Kepingan logam digelek menggunakan mesin roller .Proses menggelek kepingan logam ini biasanya dibuat beberapa kali sehingga saiz sebenar diperolehi, kesilapan proses ini akan menghasilkan syiling rolled-thin @ thick planchets...

                    Perhatikan perbezaan ketebalannya


                Syiling 1 sen juga terdapat ciri-ciri yang sama...Bagi syiling 1 sen kemungkinan kesilapan terjadi semasa proses cladding....



     Malangnya syiling-syiling ini telah bercampur gaul dengan yang lain menyebabkan ketebalan dan beratnya tidak dapat diukur....Diharapkan rakan pengumpul yang menemui syiling-syiling kategori error ini dapat menulisnya dengan lebih terperinci....

Ahad, 17 Mac 2013

ACUAN BERGANDA KELAS III (DESIGN HUB DOUBLING)

       Acuan berganda kelas III atau Doubled dies class III (Design hub doubling) adalah ringkas untuk difahami bagaimana ianya terjadi tetapi sukar untuk memastikan sesuatu syiling DDV itu dikategorikan pada kelas ini.

      DD kelas III terjadi bila dua working hub yang berlainan rekabentuk (design) telah digunakan semasa proses pengehuban (hubbing process). Bila berlainan rekabentuk imej yang digunakan untuk menghasilkan satu imej tentu akan terjadi pertindihan yang tidak tepat dan akan terdapat beberapa bahagian imej yang terlebih yang menghasilkan imej berganda.

      Syiling Malaysia, sebagaimana syiling dari negara lain terdapat beberapa pindaan dibuat keatas sebahagian rekabentuk  imej untuk tahun yang sama yang menghasilkan die variety. Semasa proses pengehuban terdapat "ruang dan peluang" antara proses tekanan pertama dan kedua yang memungkinkan petugas menggunakan dua working hub yang berlainan tanpa disedari. Pada tekanan pertama digunakan working hub A dan pada tekanan kedua digunakan pula working hub B..

    Keterangan lakaran dibawah:

          Lakaran 1, Working hub dengan design A yang menghasilkan varieti 1,tekanan kedua digunakan rekabentuk ini.

         Lakaran 2, Working hub kedua dengan sedikit pindaan telah dibuat pada reka bentuk pada bahagian kepala untuk working hub B ini.yang menghasilkan varieti 2. Tekanan pertama dibuat menggunakan hub ini.

         Lakaran 3. Apabila proses pengehuban dilakukan, tekanan pertama digunakan working hub B (merah) dan tekanan kedua digunakan pula working hub A (kuning)..Bahagian imej yang berbeza akan menampakkan pergandaan..Design hub doubling....

   



       Lakaran diatas adalah hipotesis gambaran bagaimana design hub doubling terjadi pada syiling DDO 10 sen 2008.

           Bahagian lain syiling DDO ini tidak terjejas tetapi pada kepala congkak kelihatan gandaan imej yang sangat ketara. Hipotesis depankanta keadaan ini adalah disebabkan dua rekabentuk kepala congkak yang ada....

        Design 1,kepala congkak berada lebih kekanan (kepenjuru) tikar berbanding design 2... Kedua design ini masih menggunakan kedudukan tikar yang sama dengan kedudukan kepala congkak sedikit kebawah pada design 2..Penelitian yang sangat teliti diperlukan bagi mencari syiling-syiling yang ditempa oleh kedua design ini yang lebih dikenali dengan die variety....

             Adakah syiling DDO 1 sen 2004 ini juga mewakili kelas yang sama?................

Khamis, 14 Mac 2013

RIM BURR SIRI PARLIMEN

           Rim burr yang terjadi pada syiling siri Parlimen lebih menarik kerana bahagian berhampiran rim yang terjejas terdapat rekabentuk buncu tajam ....

               Bahagian belakang syiling 20 sen 1981,rim burr terjadi sekitar jam 12

               Pemerhatian pada bahagian sisi adalah penting bagi memastikannya mint errors


           Rim burr sebenarnya adalah logam yang tersilap potong semasa proses blanking dan bahagian yang terlebih akan dilipat pula semasa proses penempaan, keadaan ini bererti bahagian yang terlipat itu akan timbul semula jika dicungkil.....


             Syiling yang bersaiz besar spt denominasi 20 sen dan 50 sen lebih cenderung untuk terjadi rim burr berbanding syiling bersaiz 5 dan 10 sen yang hanya kelihatan ciri-ciri rolling fold error...

            Rim burr Syiling 50 sen siri bunga raya yang pernah dipamirkan.....

            Rim burr adalah dalam kategori planchet error kerana asal kerosakannya adalah bermula pada proses blanking, biasanya diberi rarity yang lebih berbanding die error atau striking error.....



Selasa, 12 Mac 2013

PMD DI KILANG SYILING

            Sesiapa yang berpengalaman membelek syiling-syiling untuk mencari syiling error atau sebab lain tentu pernah menemui berbagai keadaan syiling dengan berbagai ragam pada permukaannya. Salah satu penemuan depankanta yang ingin dikongsi disini ialah syiling-syiling dengan keadaan permukaan tercalar yang serius tetapi terdapat beberapa ciri-ciri yang menimbulkan persoalan bagaimana ianya terjadi!.....

               Permukaan syiling 10 sen ini hampir hilang imej tikar dan congkak oleh kesan calar yang banyak

          Syiling 50 sen juga biasa dijumpai dengan kesan calar begini......


Kesan keatas syiling 20 sen lebih biasanya lebih jelas menampakkan garis-garis calar yang halus dan dalam..

                 Terdapat juga kesan seperti ini terjadi pada kedua permukaan syiling......


              Ciri-ciri calar yang sama juga dijumpai terjadi pada syiling Thailand....


          Walaupun secara mudahnya kita boleh merumuskan syiling berkenaan sebagai Post Mint Damage (PMD) tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti ianya tidak menjejaskan bahagian rim dan sisi syiling, kesan calar yang ketara tetapi tidak meninggalkan kesan bertebing...

         Melihat pada ciri-ciri yang ada depankanta berpendapat syiling-syiling ini bermasalah ketika berada dalam mesin mengira syiling semasa ianya masih berada didalam kilang syiling..Bila ianya terjadi pada peringkat kilang, proses agihannya akan menyebabkan syiling-syiling begini akan dijumpai diseluruh negara..

        Selepas syiling siap ditempa, ianya akan dikira oleh mesin mengira syiling yang tentunya lebih besar dan melibatkan banyak komponen didalamnya berbanding mesin mengira syiling yang digunakan di Bank biasanya lebih kecil dan tidak memberi kesan pada permukaan syiling. Syiling-syiling siap ditempa  dan dimasukkan kedalam mesin mengira adalah dalam jumlah yg banyak dan kiraan dibuat dgn pantas menyebabkan terjadi beberapa keping yang cacat seperti ini, PMD ini terjadi ketika syiling ini masih dalam premis kilang......


                Berlainan pula dengan syiling-syiling PMD 20 sen siri bunga raya ini yang jelas menampakkan ciri-ciri hasil kerja tangan yang kreatif yang juga dapat dijumpai berada diseluruh negara, mungkinkah ada satu entiti yang mengusahakan syiling-syiling begini untuk kegunaan tertentu?......     


Isnin, 11 Mac 2013

ACUAN BERGANDA KELAS IV (OFFSET HUB DOUBLING)

            Acuan berganda kelas IV (class IV doubled dies) menampilkan ciri-ciri tersendiri yang membezakannya dengan kelas acuan berganda yang lain. Ciri yang ketara pada varieti ini ialah tidak terjadi kedudukan terpusing (rotated) pada gandaan imej tetapi kelihatan kedudukan teranjak iaitu imej utama dan kedua akan kelihatan selari garis gandaannya..

          Kelas ini dinamakan offset kerana kesilapan utama yang menyebabkan terjadi kelas DDV ini ialah kedudukan samada working die atau working hub semasa tekanan kali kedua telah beranjak dan lari dari setting sebenar (off center). Biasanya bahagian tengah syiling akan dijadikan pengukur untuk melihat arah dan jarak imej yang teranjak.

         Keterangan lakaran dibawah:
                1; Pemindahan imej yang sempurna

                2: Pemindahan imej yang terjadi anjakan keatas pada masa tekanan kedua..

                3: Pemindahan imej yang terjadi anjakan kebawah pada tekanan kedua.

                A,B,C adalah kemungkinan yang akan kelihatan bila terjadi offset hub doubling pada huruf "BANK NEGARA MALAYSIA"mengikut arah kesilapan offset ...

         Bagi memudahkan penerangan,biasanya pakar-pakar DDV memberi contoh pemerhatian anjakan working hub pada bahagian tengah. Hipotesis offset ini telah menimbulkan persoalan kenapa tidak menjejaskan sama pada bahagian rim yang juga merupakan imej yang ada pada working die?, pakar-pakar DDV menjelaskan tekanan working hub yang pertama biasanya tidak sempurna dan tidak sampai menjejaskan bahagian rim.



              Syiling DDO 10 sen 2007 adalah dikira dalam kelas IV offset hub doubling....

           Gandaan yang SELARI pada kesemua imej adalah ciri-ciri utama dan anjakan pula dilihat terjadi mengarah kebawah.(anjakan titik kuning dan merah)

            Hipotesis kelas IV,offset hub doubling  DDO 10 sen 2007 (V.1)......

            Varieti 1  dan 2 DDO 10 sen 2007 adalah spesimen kelas IV DDV....
'    Sebarang perkongsian dan pembetulan untuk penambahbaikkan  adalah dialu-alukan....

Sabtu, 9 Mac 2013

DDO 10 SEN 2008

              Bagi meneruskan perkongsian syiling-syiling varieti acuan berganda atau doubled die variety dipamirkan sekeping syiling 10 sen 2008 yang jelas memperlihatkan ciri-ciri gandaan pada bahagian kepala congkak. Berlainan dengan gandaan yang terjadi pada DDO 10 sen 2007, DDO 10 sen 2008 ini didapati tidak seimbang jarak gandaannya.

            Bahagian muka syiling 10 sen 2008...Doubled Die Obverse

        Tumpuan pemerhatian adalah bahagian kepala congkak dan juga pada garis tikar dan garis badan congkak. Jarak gandaan imej pada kepala congkak lebih luas berbanding dgn imej tikar dan badan congkak.


              Kedua imej utama (primary) dan kedua (secondary) kelihatan timbul dengan jelas dan ketara iaitu semua details ukiran kepala congkak dapat dilihat dengan jelas (tiada kesan seret), sementara jarak gandaan kepala congkak yang agak luas menjadikannya DDO yg sangat menarik..

Untuk meletakkan kelas DD pada syiling 10 sen 2008 ini perlukan penelitian yang lebih terperinci dan tidak semudah membezakannya dengan kerosakan MDD. Mungkin anda sudah pun dapat memberi hipotesis tentang kelas DDO ini!...

Khamis, 7 Mac 2013

BICARA TENTANG PREMIUM SYILING ERROR

       Premium bagi syiling error biasanya akan  turut mengambil kira gred syiling berkenaan, bagi sesetengah error yang terjadi pada permukaan syiling akan dinilaikan berdasarkan penampilan keseluruhan keadaan syiling berkenaan. Die clash pada syiling 10 sen siri Parlimen agak mudah dijumpai dan tidak begitu dipedulikan oleh sebahagaian pengumpul, namun bila ianya dijumpai pada syiling yang bergred tinggi spt BU/UNC syiling-syiling begini akan tetap menjadi rebutan.

        Selain faktor gred, usia dan kategori dan keadaan error yg jelas juga akan mempengaruhi premium syiling error. Mintage atau jumlah yang ditempa akan turut menyumbang kepada rarity syiling error, ini adalah kerana kebarangkalian untuk terjadi mint error pada syiling sedikit jumlah tempaannya adalah kecil.

              Syiling 10 sen 1982 ini adalah spesimen yang boleh dijadikan perbincangan...Dengan gred yang tinggi syiling ini telah mendapat satu premium. Katakan: Dari nilai muka 10 sen sekarang nilai numismatik telah menjadi rm1, faktor usianya yang telah melebihi 30 tahun menjadikan nilainya bertambah menjadi rm2..

          Bila dikesan ada ciri-ciri die clash pada syiling ini akan menambahkan lagi premiumnya menjadikannya rm4 dan keadaan die clash yang jelas akan menambahkan satu lagi premium menjadikannya rm5...Sekarang syiling 10 sen 1982 ini dari nilai muka 10sen telah meningkat menjadi premium syiling error kepada rm5..Bila syiling ini masuk kepasaran syiling error, harganya akan ditentukan oleh permintaan dan penawaran semasa dan persetujuan antara pembeli dan penjual adalah muktamadnya.

             Bagi menentukan sesekeping syiling masih berkeadaan baik dan bergred tinggi, bahagian sisi penting diperhatikan kerana bahagian ini sukar "dipalsukan"...

               Kedua permukaan syiling perlu di teliti bagi mencari kesan-kesan kerosakan atau error...
 Nota ini adalah pendapat depankanta semata-mata berdasarkan sedikit pengalaman berurusan dengan syiling error...